Bila sebut pasal penyakit, dah pasti tiada siapa yang hendak menghidap penyakit....tak kiralah penyakit yang mudah sembuh atau yang kronik...rata-rata semua orang tau betapa rasa tak selesa atau tersiksa bila menghidap penyakit..tetapi ramai orang yang tak pasti kenapa mengidap penyakit.....
Sebenarnya dunia Islam dan dunia barat mempunyai pandangan berbeza tentang penyakit. Pandangan dunia barat tentang penyakit, aku rasa ramai yang faham dan lebih arif..simptom dan tanda penyakit, penyebab penyakit, ubat-ubatan dan sewaktu dengannya :-)...tambahan sekarang teknologi menangani penyakit makin canggih tetapi setiap detik ada je orang yang sakit...
Apa yang hendak aku kongsi ialah pandangan dunia Islam tentang penyakit. Bagi Islam, penyakit adalah kurniaan yang diberikan Allah kepada hamba yang dicintainya. Nabi Muhammad saw bersabda, "Allah tidak menimpakan musibah ke atas orang mukmin melainkan kerana salah satu daripada dua perkara: Mungkin dia mempunyai dosa yang tidak dapat diampunkan kecuali dengan cubaan itu. Kedua, dengan ujian itu darjatnya di sisi Allah dinaikkan." Dosa orang yang ikhlas menerima penyakit yang ditimpakan ke atasnya pula digugurkan, selain sikap sabar itu juga mempunyai nilai pahala yang besar...jadi sama-samalah kita fikirkan...
Rujukan: 365 Tip Sihat Gaya Rasullullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH