
Cerita ini berlaku semasa usia aku 22 tahun, dalam seusia muda itu, aku dilantik sebagai Ketua Warden asrama yang terdiri pelajar lelaki tingkatan 1 hingga 3 dan pelajar perempuan tingkatan 1 hingga 6...aku hanya akan fokus kepada cerita mengejar hantu walaupun banyak cerita lain yang boleh dikongsi bersama...Biasalah, di asrama ada kelas malam atau "prep class" dari jam 8 hingga 10.30 malam...ketika itu asrama di bawah pengawasanku kerap berlaku histeria..bila seorang menjerit, sudah tentu seluruh asrama khasnya asrama perempuan akan menjerit...biasanya jeritan ini berlaku selepas murid perempuan balik dari prep class...bila aku siasat, biasanya jeritan bermula di bilik air, mereka mendakwa nampak hantu...oleh kerana kerap sangat berlaku, aku mengambil keputusan berani untuk mengejar hantu tu...sebaik sahaja semua murid telah berada dalam kelas malam tu, aku panggil pakcik jaga.."Pak cik... malam ni kita kejar hantu! pakcik bawak parang" Masih terbayang aku wajah jaga tu terpinga-pinga sambil menjawab, "Biar betul cikgu"....akhirnya kami sepakat duduk di dalam belukar hujung asrama perempuan 10 minit sebelum murid perempuan balik ke asrama..."Pak cik...bila kita dengar je murid menjerit, kita terus serbu ke bilik air"...destinasi kami ialah di bahagian belakang bangunan asrama perempuan yang agak gelap yang dipisahkan oleh pagar dengan kawasan belukar...Betul agakan aku, tak sampai 10 minit murid perempuan balik ke asrama, satu jeritan kuat terdengar "hantuuuuuuuuuuu". apa lagi kami berlari langkah seribu menuju bilik air..bila hampir sampai aku ternampak satu lembaga melompat dalam gelap tu...sampai je..."bukan hantu pak cik!"..."macam mana cikgu tau?" " kalau hantu, takkan hantu guna meja"...rupa-rupanya selama ni apa yang didakwa hantu tu ialah orang mengintai murid perempuan dalam bilik air, menggunakan meja...lega aku ketika itu...dan cerita nampak hantu tu senyap beberapa lama...jadi yang kami kejar ialah hantu mengintai rupanya...ada masa lain, aku akan cerita pulak yang aku mengejar hantu betul...tungguuuuuuuuuuu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH