BURNOUT
Pak Teh | Jumaat, Julai 23, 2010 |
FIKIR-FIKIRKAN....
Kadang- kadang tanpa kita sedar, stres yang kita alami berpunca dari kepenatan atau burnout. Burnout ini sebenarnya adalah keletihan mental, emosi dan fizikal yang melampau, yang disebabkan hendak mencapai objektif yang bertentangan dengan realiti...orang kata "selera besar tapi kemampuan kecil"...Biasanya orang yang mengalami burnout ialah individu yang terlalu bekerja keras, tempoh masa kerja yang lama dan bersungguh-sungguh dalam apa sahaja yang dilakukannya...oleh itu kita sepatutnya pandai membahagikan masa, jangan memaksa diri, melakukan dengan bijak (work smart), tenang dan mengikut kemampuan diri kita...agak lebih teruk jika kita sentiasa bersikap "mana ada masa", sedangkan kita sepatutnya pandai mencari masa dan menguruskannya...juga cuba elakkan melakukan kerja pada saat-saat akhir, orang kata "kerja last minute"...pendapat aku, stres yang dialami lebih banyak disebabkan oleh kita sendiri, kerana kita tidak pandai menanganinya...fikir-fikirkan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH