Sekarang ni dah menjadi satu trend pulak mengadakan "family day", biasanya dibuat secara tahunan. Hari keluarga ni tidak terbatas kepada keluarga berdasarkan darah keturunan, malah istilah yang sama digunakan dalam satu kelompok komuniti atau organisasi. Salah satu tujuan mengadakan hari keluarga ialah mengeratkan tali silaturrahim...pada pendapat aku, hari keluarga ni sangat baik terutamanya keluarga berdasarkan darah keturunan, paling kecilpun melibat mak bapak, mentua, ipar duai, adik beradik, anak buah dan cucu..secara ringkasnya melibatkan tiga generasi...budaya ziarah menziarah saudara mara sekarang ni amat kurang, kalau adapun semasa kematian, nikah kahwin atau sakit..masing-masing sibuk dengan urusan kerja, urusan keluarga dan macam-macam urusan sehinggakan tidak wujud lagi ziarah menziarah dalam erti kata sebenar...tetapi dengan adanya hari keluarga, sekurang-kurangnya dapat bertemu setahun sekali..kata orang daripada takde, biarlah walaupun setahun sekali...
Sebagai renungan kita bersama berkaitan dengan apa yang aku ceritakan tadi, aku petik cerita berdasarkan hadith Nabi saw...
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasullullah saw telah bersabda: Seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di dalam sebuah kampung. Allah swt memerintahkan malaikat supaya menunggunya di jalanan. Apabila lelaki itu sampai kepada malaikat itu, dia ditanya, "Kamu hendak ke mana?" Lelaki itu menjawab, "Aku ingin menziarahi saudaraku di kampung ini." Malaikat itu bertanya lagi, "Adakah antara kamu dengannya berupa nikmat yang mengeratkan perhubungan kamu?" Dia menjawab, "Tidak! Aku hanya kasihkan dia kerana Allah semata-mata." Malaikat itu berkata lagi, " Sesungguhnya aku adalah utusan Allah swt kepada kamu, untuk memberitahu kamu bahawa Allah swt sangat kasihkan kamu sebagaimana kamu kasihkan saudaramu."
Sohih Muslim:4656;Musnad Ahmad:9579
Sumber:Kisah-kisah daripada Rasullullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH