SALAM MAAL HIJRAH 1438H

BENCI DAN TAMAK

Pak Teh | Isnin, November 26, 2012 |
Semasa Pak Teh mencari bahan-bahan dalam internet, Pak Teh terbaca satu petikan ucapan Tun Dr. Mahathir dalam akhbar keluaran 23 September 2012. Petikan ucapan Tun itu sangat mengharukan Pak Teh, maklum jelah sekarang ini bangsa Melayu berada dalam perpecahan sehinggakan dalam konteks politik, bangsa Melayu bukan lagi kumpulan "majoriti". Kalau dulu bila tertubuhnya Malaysia, nama Semenanjung Tanah Melayu telah tidak ada dalam peta dunia. Tidak hairan jika suatu masa nanti perkataan "Malay" pada nama negara Malaysia juga akan hilang dalam peta dunia. Ini tidak akan berlaku dengan izin Allah s.w.t. jika Melayu tidak berpecah. Fikir-fikirkan...

"Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintah oleh kita sendiri" 
Tun Dr. Mahathir

MANUSIA PERTAMA.......

Pak Teh | Ahad, Oktober 21, 2012 |
Pelbagai cara manusia hendak mencipta nama dengan melakukan pelbagai pencapaian dan yang pelik-pelik. Pencapaian individu atau kumpulan tersebut hanya akan diiktirafkan apabila di senaraikan dalam The Guinness Book of Records . Kategori yang paling popular ialah menjadi manusia yang pertama.....
Jika kita merujuk The Guinness Book of Records  terlalu ramai yang menjadi manusia pertama...... Tetapi dalam post kali ini, Pak Teh hendak berkongsi info tentang kelebihan Nabi Idris a.s. (semasa kecil dipanggil Ukhnuj) yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.; kelebihan yang baginda ada membolehkan baginda diiktiraf sebagai MANUSIA PERTAMA... Nabi Idris a.s. diutuskan oleh Allah s.w.t kepada kaum Qabil bin Adam a.s., di mana ketika itu Nabi Adam a.s. masih lagi hidup.
Seperti yang disebut di dalam kitab-kitab, Nabi Idris a.s. adalah manusia pertama
1.  pandai menulis dan membaca
2.  pandai menunggang kuda
3.  mengerti ilmu bintang 
4.  pandai ilmu matematik
5. pandai menggunting pakaian dan menjahitnya (sebelum itu manusia hanya memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang)



Sumber: Buku "Kisah 25 Nabi-nabi"

TUJUH SUNAH HARIAN

Pak Teh | Ahad, Oktober 21, 2012 |
Agak terlalu luas jika kita hendak memperkata tentang sunah Rasulullah s.a.w. Kita amat dituntut melakukan seberapa banyak sunah selagi ada ruang dan peluang. Pak Teh hendak bincangkan secara mendalampun tidak berani kerana Pak Teh bukanlah arif sangat dalam hal ini. Cuma dalam post ini Pak Teh hendak berkongsi info mengenai tujuh sunah harian iaitu amalan harian yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.





1.  Rasulullah s.a.w. selalu memulakan hari dengan solat tahajud kemudian
2.  Baginda membaca al-Quran.
3. Semasa azan Subuh berkumandang, baginda berangkat ke masjid untuk solat Subuh berjemaah.
4. Apabila pulang dari masjid, baginda menyedekahkan sebahagian daripada rezekinya kepada yang memerlukan.
5. Baginda juga sentiasa berada dalam keadaan suci semasa melakukan apa-apa aktiviti sekali pun. Apabila wuduknya batal, baginda segera berwuduk lagi.
6.  Apabila waktu duha tiba, baginda mendirikan solat dhuha.
7.  Tidak kira di mana dan bila, dalam keadaan apa sekali pun, baginda sentiasa berzikir dan membanyakkan istighfar.


Sumber; Buku "Diari Hidup Rasulullah s.a.w."

ANTARA 43, 17 DAN 3

Pak Teh | Isnin, Oktober 15, 2012 |
Kita sedia maklum, reaksi muka seseorang akan berubah apabila berhadapan dengan sesuatu situasi. Biasanya kita nampak muka orang itu tersenyum atau mengerutkan dahinya. Tersenyum membuatkan orang di sekelilingnya akan berasa senang hati berbanding jika orang itu mengerutkan dahinya.
Senyuman bukan sahaja satu situasi yang menyenangkan malah merupakan satu ibadah sebagaimana dinyatakan dalam hadith Rasulullah s.a.w.;“Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah.” (Direkodkan Imam Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi). 

Tersenyum juga merupakan suatu sedekah, yang tidak memerlukan "modal" yang besar; hanya melibatkan sebanyak 17 otot untuk menghasilkan suatu senyuman. Berbanding dengan seseorang yang mengerutkan dahinya melibatkan 43 otot. Pada asasnya, lebih banyak otot terlibat lebih banyak tenaga yang digunakan (assuming the muscles all consume energy at the same rate per unit mass ) . Ini bermakna lebih banyak tenaga digunakan apabila kita mengerutkan dahi. Bayangkan jika kita sering mengerutkan dahi berbanding dengan kerap tersenyum. Tersenyum bukan sahaja tidak membazirkan tenaga malah kita mendapat pahala dan menyenangkan orang di sekeliling.
Tetapi apa pula 3 itu? 3 itu ialah bilangan otot yang terlibat semasa menarik picu pistol. 
Wallahhualam

SEJARAH KEJADIAN PUSAT MANUSIA

Pak Teh | Rabu, Oktober 10, 2012 |
Ada orang mengatakan pusat manusia itu adalah parut yang tinggal apabila tali pusat tertanggal. Memang itu yang kita nampak secara zahirnya tetapi mungkin ramai yang tidak mengetahuinya sejarah kejadian pusat manusia. Pak Teh ingin berkongsi info tentang sejarah kejadian pusat pada tubuh manusia. 
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Nabi Adam a.s. adalah manusia yang pertama dicipta oleh Allah swt. Penciptaan Nabi Adam a.s. ada kaitannya dengan kemurkaan Allah swt terhadap Iblis laknatullah kerana enggan sujud kepada lembaga Adam ( Surah al-Baqarah, ayat 34). "Keluarlah kamu dari dalam syurga ini, kerana sesungguhnya kamu tidak patut menyombong diri di dalamnya, Keluarlah! Sesungguhnya kamu tergolong ke dalam kelompok makhluk yang hina dina." (Surah al-A'raf, ayat 13).
"Sebelum dia keluar dari syurga, Iblis laknatullah terlebih dahulu berjalan menghampiri lembaga bapa manusia itu sambil mengelilinginya. Kerana sangat benci kepada Nabi Adam a.s. yang dicipta daripada tanah liat yang berasal dari tanah lumpur, tanah kering dan saripati tanah itu lalu Iblis meludah ke perut lembaga Adam dan ludahnya melekat betul-betul di tengah-tengah perut lembaga Adam tiu. Melihat itu, Malaikat Jibrail a.s. dengan segera mengcungkih buang air ludah Iblis laknatullah itu dengan cara menculik (dengan kukunya) tanah yang kena ludah itu menyebabkan terjadinya pusat Adam. Itulah sejarah terciptanya pusat manusia"
Wallahhualam.

Dipetik daripada buku Kisah 25 Nabi-nabi karangan Tarikuddin bin Hj. Hassan




KISAH ATIKAH

Pak Teh | Rabu, September 19, 2012 |







Memang lumrah manusia sekiranya suatu yang tidak disukai, manusia akan memberi respon. Cuma cara respon itu yang berbeza, ada yang hanya respon dengan " body language" dan ada juga secara lisan, yang lebih kenali sebagai menegur. Apabila kita menegur tidaklah boleh ikut suka hati sahaja, kena tengok situasi, siapa yang ditegur dan banyak lagi yang kita kena ambilkira. Secara mudahnya, kita berhikmah dalam menegur.
" Atikah binti Zaid, seorang wanita yang sangat cantik. Khalifah Umar bin al-Khattab menikahinya pada tahun 12 Hijrah setelah suaminya terbunuh. Sayidina Umar sangat mencintai isterinya ini dan selalu menuruti segala keinginannya.
Salah satu kesukaan Atikah adalah menghadiri solat berjemaah di masjid. Meskipun Umar tidak suka isterinya keluar rumah, namun beliau tidak pernah menghalang Atikah daripada melakukan apa-apa yang ia inginkan,
Namun begitu, Umar merancang sesuatu agar Atikah tidak lagi keluar rumah atas kehendaknya sendiri.
Pada suatu malam yang gelap, Umar berdiri di tepi jalan. Beliau menunggu Atikah yang akan melintas untuk pergi ke masjid,
Apabila Atikah melalui jalan tersebut, Umar mendekatinya dari arah belakang, menepuk punggung Atikah dengan tangannya, lalu pergi meninggalkan tempat tersebut.
Atikah yang tidak mengetahui bahawa lelaki yang menepuknya itu ialah suaminya sendiri menjadi ketakutan. Beliau segera balik ke rumah dan sejak hari itu tidak pernah lagi keluar ke masjid"

Sumber: al-Ustaz

Pak Teh | Jumaat, Ogos 17, 2012 |

PARAM ATAU BARAM?

Pak Teh | Isnin, Julai 23, 2012 |

PARAM atau BARAM? Pelik gak kan bunyinya...Sebenarnya PARAM adalah akronim bagi Pasar Ramadhan dan BARAM pula akronim bagi Bazar Ramadhan. Kedua-dua akronim itu semakin popular digunakan oleh orang ramai. Maklum sahajalah, biasanya ke pasar atau bazar ramadhan perlukan cepat sampai, kalau tidak melepaslah apa yang diidamkan untuk dijadikan juadah berbuka. Maka nak menyebutnya pun perlu ringkas. Tidak dinafikan PARAM atau BARAM merupakan lokasi tumpuan utama pembeli dan penjual, malah merupakan lokasi punca rezeki para penjual...kata orang, cari duit raya. Malah bukan Islam juga menanti-nantikan kedatangan Ramadhan kerana bila tiba Ramadhan, bermakna akan tumbuh macam cendawan PARAM/BARAM, tempat dikatakan "syurga makanan dan minuman"...sebut apa sahaja, semua ada..
Tapi bila berbelanja membeli juadah berbuka puasa, janganlah berlebihan, ingat-ingatlah fakir miskin.. dan Pak Teh teringat dengan kata-kata seorang ustaz..takde salahnya sekali sekala berbelanja di PARAM/BARAM cuma nanti takut-takut kita bersyubahah pulak..sepatutnya kita membeli makanan atau minuman yang halal dan toyibah..tapi bagaimana jika makanan/minuman itu disediakan  dan dijual oleh orang yang tidak solat dan tidak berpuasa....wallahhualam



SEKALI CAKAP CUKUPLAH!

Pak Teh | Selasa, Jun 12, 2012 |


Ada sesetengah orang memang tidak suka percakapan yang sama diulang banyak kali, sampaikan ada yang kurang sabar tidak teragak-agak berkata " Sekali cakap cukuplah..kau ingat aku pekak ke?" Tetapi hakikatnya kita tidak tahu apakah niat seseorang itu bercakap berulang kali atau mengulangi perkataan yang sama. Mungkin dia menyangkakan orang tidak dengar apa yang dicakap atau si pendengar tidak memberi perhatian. Apapun andaiannya, mengulangi percakapan atau perkataan adalah lebih baik.

Hadis riwayat At-Tarmizi, Ahmad, Abu Dawud dan Abu Syaikh: Aishah r.a. meriwayatkan bahawa " Rasulullah s.a.w. tidak pernah berbicara seperti anda semua yang berbicara dengan sangat jelas. Adalah cara Rusulullah s.a.w. berbicara dengan jelas dan satu persatu sehingga orang duduk bersamanya dapat menghafal kata-katanya"

Percakapan Rasulullah s.a.w. jelas, tegas dan tidak terlalu cepat. Apabila bercakap, baginda gemar mengulanginya sebanyak tiga kali supaya mudah difahami.

Hadis riwayat At-Tarmizi dan Hakim: Anas bin Malik r.a. membenarkan pernyataan di atas bahawa " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mengulangi perkataannya sebanyak tiga kali agar difahami oleh pendengarnya"

Sumber:Biografi Agung Rasullullah s.a.w.


PRIORITY

Pak Teh | Isnin, April 23, 2012 |
Dah lama Pak Teh tak buat entri....kerana ada beberapa sebab, antaranya ada kaitan dengan tajuk entri Pak Teh Kali ni...priority...keutamaan...dalam kehidupan seharian kita terlalu banyak tanggungjawab dan tugasan yang perlu diselesaikan...kadangkala kehidupan kita menjadi celaru kerana kita tidak dapat membezakan yang mana satu menjadi keutamaan....dari aspek pengurusan, yang menjadi keutamaanlah yang patut kita selesaikan dulu...apepun keutamaan kita dalam kehidupan seharian ialah menunaikan solat lima waktu...selesaikan itu dahulu, baharulah buat yang lain...wallahhualam

ROUTINE

Pak Teh | Isnin, Februari 06, 2012 |

Routine disebut dengan roo-teen, secara mudah bermaksud sesuatu yang kita lakukan perkara yang sama  dan pada masa yang sama. Kadangkala bila dah jadi routine, kita tak sedar ianya berlaku tanpa kita sedari dan kadangkala kita berasa ada kekurangan apabila sesuatu yang routine itu tidak dilakukan. Apapun rountine itu pada Pak Teh ada baiknya dan buruknya...tetapi yang menjadi rungutan apabila routine menimbulkan rasa bosan; maklumlah perkara yang sama dilakukan setiap hari...ironinya ada gak yang routine itu menyebabkan seseorang menjadi lebih produktif atau lebih pakar..
Apa yang Pak Teh nak sentuh dalam entri kali ini ialah routine dalam aspek keselamatan. Jika kita amat-amati banyak kes jenayah berlaku disebabkan mangsa melakukan perkara yang routine. Sebagai contoh jenayah rompakan; bila kita kaji latar belakang kes itu, kebanyakannya berpunca dari routine. Penjenayah telah melakukan intipan beberapa lama untuk mengetahui bila masa mangsa melakukan sesuatu aktiviti; misalnya bila biasanya seseorang peniaga itu memasukkan wang ke dalam bank. Oleh itu jika mangsa menjadikan aktiviti masukkan wang ke dalam secara routine, sudah tentulah penjenayah mudah bertindak.
Begitu juga kita pernah dikejutkan dengan kes murid perempuan dirogol semasa pergi sekolah, malah ada yang bukan setakat dirogol tetapi dibunuh. Semua ini berlaku pada pendapat Pak Teh berpunca dari routine; murid itu pergi ke sekolah masa yang sama dan laluan yang sama.
Apa kata dalam aspek keselamatan, sekali sekala kita jangan lakukan perkara yang routine. Memanglah orang kata, kalau dah takdir macam mana nak buat...tetapi kita janganlah terlalu berserah kepada takdir, kita perlulah berikhtiar. Apabila dah berikhtiar, barulah kita boleh kata takdir...Wallahhualam

THE LONGEST MARRIED COUPLE

Pak Teh | Khamis, Februari 02, 2012 |

Semasa Pak Teh surf internet untuk mencari sesuatu yang Pak Teh sendiripun tak tau apa yang Pak Teh nak cari, terjumpalah artikel yang menjadi  tajuk entri kali ini. Pasangan Wilbur dan Teresa Faiss dari Las Vegas diiktirafkan sebagai America's Longest Married Couple oleh satu kumpulan yang dinamakan Worldwide Marriage Encounter. Pasangan itu berkahwin pada April 1933 dan tidak lama lagi akan meraikan hari perkahwinan mereka yang ke 80. Hebat kan? Umur Wilbur sekarang ialah 100 tahun; dan mungkin umur yang panjang itulah yang menjadi salah satu faktor mengapa perkahwinan mereka menjadi lebih lama sehingga sekarang. Pak Teh tersenyum membaca komen Wilbur apabila ditanya bagaimana perkahwinan mereka boleh bertahan begitu lama; komen Wilbur, 
"It's very simple. It's give and take and compromise."
Fikir-fikirkan....Wallahhualam




Sumber: Yahoo- CNN

ORANG KETIGA

Pak Teh | Ahad, Januari 29, 2012 |
Pak Teh rasa tak perlulah Pak Teh mengulas lebih lanjut isu kehadiran orang ketiga dalam keretakan sesebuah rumahtangga. Semua orang sedia maklum kesannya kehadiran orang ketiga dalam kehidupan sepasang suami isteri. Bagi pasangan yang tidak cukup sabar menerima ujian tersebut, mengambil jalan mudah dengan bercerai. Tetapi ada juga yang berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. Tambahan bila memikirkan nasib anak-anak; anak-anak membesar dalam suasana ibubapa yang telah berpisah. Bermacam-macam ikhtiar untuk menyelamatkan rumahtangga, antaranya ialah cara "berubat" dengan bertujuan pihak yang terlibat samada si suami atau si isteri melupakan orang ketiga. Tetapi ada juga pihak yang mengambil kesempatan dalam usaha menyelamatkan rumahtangga yang hampir hancur. Dalam entri kali ini Pak Teh ingin berkongsi satu kisah benar mangsa kes orang ketiga yang mana pada pendapat Pak Teh ada orang ambil kesempatan walaupun dia tahu mangsa sangat berharap bantuannya. 
Kisahnya begini....si isteri telah dapat mengesan suaminya telah banyak berubah, risik punya risik rupanya suaminya ada perempuan lain. Dengan nasihat rakan kepada si isteri, si isteri diminta "berubat" dengan seseorang yang dikenali sebagai seorang yang alim dan warak, yang punya kebolehan "melihat" atau bahasa mudahnya boleh "menilik". Orang alim ini dapat menceritakan secara detail tentang kegiatan si suami. Bayangkan kalau dia boleh menceritakan secara detail tentulah si isteri percaya dan berharap sangat orang alim itu dapat membantunya. Tetapi yang Pak Teh tertanya-tanya tentang keikhlasan orang alim itu hendak membantu. Cuba kekawan membuat penilaian dengan kenyataan yang dibuat oleh orang alim itu kepada si isteri pada pertama kali berkomunikasi, " Jika suami puan betul-betul tinggalkan puan, saya sanggup mengambil puan sebagai isteri saya dan menjaga anak-anak puan kerana puan perempuan yang baik." . Apa komen kekawan?

Wallahhualam

YA ALLAH

Pak Teh | Selasa, Januari 24, 2012 |
O Allah…
I told You: I’m in trouble.....
You said: ‘Do not despair of the mercy of Allah’. QUR'AN[39:53]

I told You: I am depressed...
You said: ‘Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest’. QUR'AN[13:28]

I told You: Many people hurt me.....
You said: ‘So pardon them and ask forgiveness for them’. QUR'AN[3:159]

I told You: I feel I’m alone.....
You said: ‘We are closer to him than [his] jugular vein’. QUR'AN[50:16]

I told You: My sins are so many.....
You said: ‘And who can forgive sins except Allah?’. QUR'AN[3:135]

I told You: Do not leave me....
You said: ‘So remember Me; I will remember you…’. QUR'AN[2:152]

I told You: I’m facing a lot of difficulties in life....
You said: ‘And whoever fears Allah – He will make for him a way out’. QUR'AN[65:2]

I told You: I have many dreams that I want to come true....
You said: ‘Call upon Me; I will respond to you.’. QUR'AN[40:60]

Credit to Nora
Wallahhualam

Segment F.H | Santai Blogger!

Pak Teh | Isnin, Januari 16, 2012 |




Bila Pak Teh tengok blog ada pesan dari Cik Ning, dia dah tag Pak Teh untuk join segmen Santai blogger. Nak join segmen tu mudah je..buat satu entri dan letak banner di atas. Pastu nyatakan bulan dilahirkan...Pak Teh lahir bulan MARCH dan akhir sekali tag 2 orang rakan blogger. Pak Teh tag


Siap...semoga ramai yang join segmen 'Abah". Pak Teh pun dah follow blog 'abah'

SUKA BILA DIBENCI

Pak Teh | Ahad, Januari 15, 2012 |
Pelik juga kan apabila baca tajuk entri...suka jika dibenci. Silap-silap ada yang mengatakan individu yang berkenaan kurang siuman. Jika membenci sesuatu atau seseorang itu memanglah ramai terutamanya yang berkaitan dengan nilai, akhlak dan hukum. Apabila seseorang yang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum atau nilai murni, sudah tentu ramai yang membencinya. Jadi bila dah benci, macam-macamlah tindakan orang yang membenci supaya perbuatan itu tidak terus berlaku. Tak boleh secara perbuatan, gunakan pertuturan...tak boleh juga, memadai dengan ada rasa sifat benci di hati.
Jadi dalam keadaan yang macam mana kita suka dibenci? Pak Teh nak berkongsi dialog di antara Nabi Muhammad SAW dan iblis laknattullah

Nabi Muhammad SAW bertanya kepada iblis, "SIapakah orang yang paling engkau benci?"
Iblis menjawab, "Dirimu, wahai Muhammad."
Nabi Muhammad SAW kemudian bertanya," Lalu siapa lagi?"
Iblis menjawab,
">Pemuda Muslim yang bertakwa dan mencurahkan waktu serta perhatiannya hanya kepada Allah.

>Orang alim yang warak iaitu orang yang menjaga dirinya daripada hal-hal yang haram dan hal-hal yang subahat serta sentiasa bersabar.

>Orang yang sentiasa menjaga kesuciannya daripada tiga jenis kotoran iaitu hadas besar, hadas kecil dan najis dengan berwuduk.

>Orang fakir yang sentiasa bersabar iaitu  mereka yang tidak mengeluh tentang kefakiran dan penderitaannya kepada orang lain selama tiga hari.

>Orang kaya yang bersyukur iaitu orang yang mengambil kekayaan daripada apa yang dihalalkan Allah dan membelanjakan serta menyalurkannya sesuai dengan ketentuan-ketentuan syariat."

(Hadis laporan Muadz bin Jabbal daripada Ibu Abbas)


Sumber: 3T (Taubat, Tasbih, Tahajud) oleh Zaini Ali Bakar

KERDILNYA KITA

Pak Teh | Sabtu, Januari 14, 2012 |
Perasan...itulah istilah yang digunakan kepada orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain...lebih hebat, lebih cantik, lebih popular dan macam-macam lagi. Apabila dah terasa hebat maka timbul perasaan riak, suatu sifat yang dikutuk Allah swt., sifat yang dikategorikan sebagai penyakit hati sehinggakan orang yang riak ini boleh menyebabkan dia lupa diri.
Dalam bidang blogging, popular atau tidak sesuatu blog itu diukur melalui jumlah "page views" atau jumlah "follower". Tetapi kedua-dua ukuran ini tidak menggambarkan popularnya sesuatu blog dengan tepat, kerana kalau "page views" kadangkala secara kebetulan atau hanya sekadar hendak tengok sekali lalu. Begitu juga dengan "follower", alang-alang dah tengok, follow sekali; silap-silap itulah sekali follower itu tengok blog tersebut.
Kita sedia maklum bahawa Datuk Lee Chong Wei memang hebat dalam permainan badminton kerana semasa Pak Teh menulis entri ini, ranking beliau ialah pemain No. 1 di dunia. Begitu juga sesuatu blog itu ada rankingnya dalam aspek "traffic", misalnya yang dikendalikan oleh Alexa. Bila Pak Teh tengok Alexa Traffic Rank untuk blog Pak Teh alangkah kerdilnya blog Pak Teh iaitu ranking yang ke hampir 19 juta di dunia atau lebih tepat seperti dalam image di bawah. Bagaimana traffic ranking blog kekawan?


Wallahhualam



TENSION VS PATIENT

Pak Teh | Jumaat, Januari 13, 2012 |













Rata-rata awal tahun ramai yang mengadu sibuk, tak kiralah yang bekerjaya atau tidak. Maklum sahajalah boleh dikatakan semuanya baru, kalau yang lama pulak perlu dipertingkatkan. Yang susah tu, semua nak dibuat dalam masa yang sama, sampaikan tak tau yang mana nak buat, akhirnya timbul rasa tension. Bagi mereka yang tidak pandai menanganinya tentulah akan menimbulkan kesan negatif pada fizikal dan hubungan dengan orang lain. Ubat yang paling mujarab bagi masalah tension ialah SABAR. Hanya dengan kesabaran menerima segala dugaan dan ujian dapat mengurangkan tension. Keduanya, kita hendaklah menerimanya sebagai ujian dari Allah swt, Allah menguji kita bagaimana kita menanganinya. Tension kita akan menjadi lebih teruk jika kita sentiasa menyalahkan orang lain. Pak Teh lebih suka kalau gunakan prinsip hidup yang Pak Teh amalkan iaitu hampir 99% apa yang berlaku kepada diri kita adalah berpunca dari tindak tanduk diri kita sendiri, sama ada kita sedar atau tidak sedar. Prinsip ini membuatkan kita tidak menyalahkan orang lain dan kita dapat muhasabah diri.
Kadangkala tension kita boleh berlaku bila kita tak mau mengikut peredaran masa dan menganggap yang lama atau yang terdahulu adalah lebih baik. Yang lama atau yang terdahulu itu walaupun baik tetapi ada yang kurang sesuai atau tidak sesuai digunakan lagi. Sebagai contoh yang mudah, cuba tengok gambar di bawah


Wallahhualam

JALAN

Pak Teh | Selasa, Januari 10, 2012 |
Bila difikir-fikirkan hebat juga perkataan JALAN kan, walaupun hanya terdiri daripada 5 huruf dan mudah disebut..hebatnya perkataan JALAN kerana ia membawa maksud dari semudah-mudah perbuatan ke maksud yang terlalu berat dan mendalam...kalau sebut JALAN tergambarkan nama jalan...bila ditambah dengan perkataan RAYA jadi perkataan JALANRAYA...tambah imbuhan BER jadi pula perkataan BERJALAN...ditambah lagi perkataan JALAN, jadi pula perkataan BERJALAN-JALAN..nak menggambar lebih santai disebut JALAN-JALAN...kadangkala boleh membawa maksud marah..PERGI JALAN DAH..
Tetapi kadang-kadang perkataan JALAN menggambarkan sesuatu yang susah, JALAN BERLIKU...atau kadang-kadang merupakan satu pilihan JALAN LURUS atau JALAN BELOK-BELOK (macam lirik lagu Bujang Lapuk) ..dan paling mendalam maksudnya ialah JALAN YANG LURUS seperti dalam surah Al-Fatihah..
Begitulah antara kehebatan perkataan JALAN...
Wallahhualam

AKHIRNYA...JADI GAK KBC

Pak Teh | Isnin, Januari 02, 2012 |

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt akhirnya dapat juga Pak Teh sediakan satu blog khas untuk "cikgu-cikgi" mencurahkan segala pengalaman dalam bidang pendidikan. Blog ini Pak Teh namakan sebagai KELAB BLOGGER CIKGU (KBC) . KBC mempelawakan rakan-rakan guru memberi sumbangan dalam bentuk entri yang berkaitan dengan bidang pendidikan, terutamanya aspek pengajaran-pembelajaran atau pengalaman guru dengan murid-murid atau penjaga murid. Apa yang perlu rakan-rakan guru lakukan ialah menjadi follower kepada KBC dahulu. Sesudah itu, jika ada entri rakan-rakan yang hendak dikongsi dengan rakan-rakan lain, hanya perlu tinggalkan pesan dalam shoutbox KBC. Pak Teh akan buat entri untuk linkkan dengan entri rakan-rakan tersebut. Secara tidak langsung, blog rakan-rakan akan dikunjungi oleh blogger lain walaupun bukan follower blog rakan-rakan. Namun begitu sebelum Pak Teh linkkan, Pak Teh kena semak dahulu kandungannya samada sesuai atau tidak untuk dipanjangkan kepada rakan-rakan blog yang lain. Walaupun rakan-rakan tidak memberi sumbangan, masih boleh menjadi follower KBC. Apa tunggu lagi....

Next previous home