SALAM MAAL HIJRAH 1438H

POT PET..POT PET...MACAM MURAI CABUT EKOR KAU NI

Pak Teh | Sabtu, April 30, 2011 |
As salam...

K
alau seseorang tu becok sangat mulutnya, cakap yang takde noktahnya, selalu dikatakan "macam murai cabut ekor"...perangai yang macam murai cabut ekor selalunya tidak disenangi oleh ramai orang tambahan jika disertai hilai ketawa...sebenarnya orang yang banyak cakap ni, orang suka sekadar menjadi penghibur je, mengelakkan daripada keadaan menjadi sunyi sepi...orang yang macam murai cabut ekor ni jika wanita, masih anak dara pulak, kaum Adam tak berapa minat..tapi adakah wanita yang kurang bercakap lebih diminati? Tidak juga...yang lelaki minat ialah wanita yang pandai berbicara.



Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

Fikir-fikirkan...

KENAPA TAK SEDAP MACAM BAHULU MAK BUAT

Pak Teh | Selasa, April 26, 2011 |
As salam...

A
lhamdulillah....kita masih berkesempatan dapat merasa salah satu kuih tradisional iaitu kuih bahulu...pada aku kuih bahulu ni kira cake orang Melayu...yang unik kuih bahulu ni, dihidangkan dengan pelbagai bentuk, ada bentuk ikan, rama-rama dan macam-macam lagi...sampaikan anak-anak kecil menangis hendakkan bahulu berbentuk tertentu walau bentuk apapun rasanya tetap sama...tapi yang aku pasti bahulu sekarang tidak seenak bahulu zaman mak atau nenek kita buat...bahulu dahulu yang ketaranya ialah dari segi baunya, bau yang membuat air liur kita meleleh, tak sabar nak memakannya..
Jadi kali ni aku nak fokus kepada kenapa bahulu dahulu baunya enak...pada aku, ada dua sebab, pertama acuannya, acuannya dibuat daripada tembaga dan kedua, cara memasaknya.
Aku masih ingat arwah mak aku memasak bahulu kerana aku selalu menjadi pembantu setia kepada arwah mak aku bila bab masak-memasak ni..pertama, cari tungku, biasanya gunakan batu yang sederhana besar, cukup untuk meletakkan acuan dalam keadaan stabil dan cukup tinggi untuk meletakkan bahan api, biasanya kayu api dan arang kayu. Setelah kayu dibakar, biarkan acuan itu  cukup panas, kemudian menggunakan berus yang dibuat dari sabut kelapa, sapukan minyak kelapa dalam acuan. Kemudian barulah dimasukkan adunan tepung ke dalam acuan separuh penuh (sebab kuih itu nanti akan kembang). Setelah semua acuan itu diisi, acuan tadi akan ditutup dengan penutupnya. Untuk mempastikan bahagian atas kuih juga masak, sabut kelapa yang dibakar diletakkan di bahagian atas penutup. Kuih itu dikira masak apabila dicucuk dengan lidi kelapa, tak melekat pada kuih tu...Untuk mempastikan kuih tak hangus, api sentiasa dikawal...cuba-cubalah...

CIKGU ATAU IBUBAPA?

Pak Teh | Isnin, April 25, 2011 |
As salam...

A
ku terpanggil untuk memberi respon ke atas kenyataan Menteri Kesihatan mengenai obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia baru-baru ini..Ada dua kenyataan beliau yang aku rasa perlu perkatakan dalam entri aku kali ni...

Pertama: Beliau meminta pihak kantin sekolah tidak menyediakan menu nasi lemak setiap hari kerana boleh menyebabkan murid-murid mendapat obesiti.
Kedua: Meminta guru merekodkan BMI murid sekolah yang boleh menjadi petunjuk kepada obesiti murid.
Sebelum itu biarlah aku jelaskan secara ringkas apa itu obesiti atau kegemukan. Obesiti ialah suatu keadaan di mana berat badan melebihi berat badan orang sihat. Apabila obes bermakna kandungan lemak badan melebihi daripada orang sihat. Orang yang obes akan mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, strok, penyakit jantung, masalah tidur (apnea), kemurungan, kanser dan osteoarthritis. Petunjuk orang yang obesiti ialah dengan menggunakan BMI (Body Mass Index)....Jika seseorang itu BMI nya melebihi 30 kg/m2, bermakna dia mengalami obesiti.
Berbalik kepada kenyataan Menteri Kesihatan di atas tadi, adakah beliau mempunyai bukti statistik yang murid-murid memakan nasi lemak setiap hari, sedangkan kita tau di kantin pelbagai jenis makanan dijual. Kita juga sedia maklum, murid hanya makan di sekolah kebanyakan makan sarapan sahaja. Bagaimana dengan makan tengah hari, minum petang dan makan malam?
Manakala kenyataan kedua mengenai guru diminta mengambil dan merekod BMI murid. Pada aku cukuplah dengan tugas guru yang sedia ada... Setakat merekodkan BMI murid, ibubapa pun boleh buat, setakat ambil berat badan dan ketinggian je...sambil-sambil pergi ke shopping complex tu melambak mesin untuk mengukur berat badan dan ketinggian... dalam hal obesiti ini peranan ibubapa sangat penting kerana murid lebih lama bersama ibubapa berbanding berada di sekolah...
Aku minta maaf jika ada pihak yang tersinggung dengan pendapat aku tadi...

LELAKI TAKUT JUMPA DOKTOR

Pak Teh | Selasa, April 19, 2011 |
As salam....

S
emua orang tahu yang kaum Adam egonya terlalu tinggi, sehinggakan ego yang tinggi tu boleh memudaratkan dirinya dan orang lain...nak jumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan kesihatan pun susah sangat....Mengikut kajian yang terbaru di US, 45% lelaki yang berumur 18 hingga 50 tahun tidak  menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan, manakala 40% daripada lelaki 40an tidak langsung menjalani ujian tahap kolesterol mereka...

Mengikut Dr. T.E.Holt, lelaki memang terkenal dengan cuba mengelak berjumpa doktor terutamanya yang berumur 20 hingga 40 tahun. Di tahap umur inilah kajian menunjukkan kematian lelaki dua kali ganda daripada kaum Hawa...
Jadi kepada kekawan Adam tu kenalah luangkan masa menjalani pemeriksaan kesihatan paling kurang setahun sekali untuk kebaikan diri....pemeriksaan tahunan ini juga dapat mengesan lebih awal penyakit-penyakit pembunuh seperti kanser dan serangan jantung. Tambahan sekarang ini pemeriksaan kesihatan kita boleh tahu keputusannya dalam hari yang sama. Jangan bila dah sakit baru nak pergi jumpa doktor...Fikir-fikirkan

ADAKAH SATU KEBETULAN

Pak Teh | Sabtu, April 09, 2011 |
As salam.....

Pagi tadi aku teragak nak makan roti canai sardin, dah lebih dua minggu aku tak makan..jadi akupun start motor pergi ke kedai mamak dekat umah aku..walaupun dekat tapi disebabkan kenderaan dah semakin banyak di kawasan taman perumahan aku tinggal, maka banyak jalan telah dijadikan one-way, jadi tak dapat lah nak short-cut...
Bila order roti sardin tu faham-faham jelah, amik masa gak dalam 10 minit nak siap..sementara menanti siap, mata aku liar memerhatikan kereta dan motor keluar masuk kawasan kedai tu...maklum jelah ramai yang nak beli sarapan dan membeli lauk pauk kat mini market...sambil aku memerhatikan kenderaan keluar masuk tu, entah berapa kali aku beristighfar dan menggelengkan kepala...ada dalam 4 buah kereta dan 2 buah motosikal yang masuk ke kawasan kedai tu melalui jalan yang bertanda no entry..nak katakan tak nampak, kiri kanan jalan tu diletakkan tanda no entry, kata orang sekali imbas boleh nampak tanda tu..kalo motosikal tu aku rasa taklah mengganggu sangat laluan, tetapi kalau kereta dah sah laluan terganggu dan tersekat..tapi yang aku pelik tu, keempat-empat kereta itu dipandu oleh pemandu wanita! cuba kekawan komen sikit...

LAIN HULU LAIN PARANG

Pak Teh | Isnin, April 04, 2011 |
As salam...

L
ain hulu lain parang,lain dahulu lain sekarang
...memang mengikut hukum alam, yang dahulu tu berbeza dengan sekarang...fenomena inilah yang boleh menyebabkan berlakunya konflik...konflik yang boleh menimbulkan rasa kecil hati, bermasam muka dan macam-macam lagi..tambahan bila pihak yang mewakili "dahulu" dan mewakili "sekarang" mati-mati mempertahankan hujahnya....Isu yang kerap berlaku ialah dalam hal mendidik anak-anak...puncanya apabila ibubapa menegur anaknya cara mendidik cucunya...secara rasionalnya memanglah berbeza cara mendidik kita oleh ibubapa kita dan cara mendidik anak kita sendiri...yang ketara sangat ialah perbezaan persekitaran dalam proses mendidik..Kadangkala ibubapa kita menegur kerana masih terpahat di ingatannya bagaimana cara mereka mendidik kita, tambahan bila semua anak mereka menjadi insan yang baik...jadi mereka mahukan kita mendidik anak kita seperti mereka mendidik kita, sedangkan mereka tak sedar atau sengaja buat tak faham yang cara mendidik dah berbeza...walaupun masing-masing mempunyai matlamat yang sama iaitu menghasilkan anak yang baik, anak yang soleh dan anak anak solehah...
Apa yang aku nak komen di sini ialah walaupun kita tidak bersetuju dengan teguran ibubapa kita dan kita yakin cara kita adalah betul, jangan sampai ibubapa kita berkecil hati..tentu kekawan tahu hukumnya bila ibubapa kita berkecil hati dengan kita..Apa yang boleh aku nasihatkan kekawan dan diriku sendiri ialah selagi ibubapa kita hidup, elaklah daripada melukakan hati mereka... Kalau aku tak silap, salah satu balasan dosa di dunia ialah derhaka kepada ibubapa...setengah orang mengatakan "cash on delivery"....Wallahhualam

Next previous home