SALAM MAAL HIJRAH 1438H

KENAPA TAK SEDAP MACAM BAHULU MAK BUAT

Pak Teh | Selasa, April 26, 2011 |
As salam...

A
lhamdulillah....kita masih berkesempatan dapat merasa salah satu kuih tradisional iaitu kuih bahulu...pada aku kuih bahulu ni kira cake orang Melayu...yang unik kuih bahulu ni, dihidangkan dengan pelbagai bentuk, ada bentuk ikan, rama-rama dan macam-macam lagi...sampaikan anak-anak kecil menangis hendakkan bahulu berbentuk tertentu walau bentuk apapun rasanya tetap sama...tapi yang aku pasti bahulu sekarang tidak seenak bahulu zaman mak atau nenek kita buat...bahulu dahulu yang ketaranya ialah dari segi baunya, bau yang membuat air liur kita meleleh, tak sabar nak memakannya..
Jadi kali ni aku nak fokus kepada kenapa bahulu dahulu baunya enak...pada aku, ada dua sebab, pertama acuannya, acuannya dibuat daripada tembaga dan kedua, cara memasaknya.
Aku masih ingat arwah mak aku memasak bahulu kerana aku selalu menjadi pembantu setia kepada arwah mak aku bila bab masak-memasak ni..pertama, cari tungku, biasanya gunakan batu yang sederhana besar, cukup untuk meletakkan acuan dalam keadaan stabil dan cukup tinggi untuk meletakkan bahan api, biasanya kayu api dan arang kayu. Setelah kayu dibakar, biarkan acuan itu  cukup panas, kemudian menggunakan berus yang dibuat dari sabut kelapa, sapukan minyak kelapa dalam acuan. Kemudian barulah dimasukkan adunan tepung ke dalam acuan separuh penuh (sebab kuih itu nanti akan kembang). Setelah semua acuan itu diisi, acuan tadi akan ditutup dengan penutupnya. Untuk mempastikan bahagian atas kuih juga masak, sabut kelapa yang dibakar diletakkan di bahagian atas penutup. Kuih itu dikira masak apabila dicucuk dengan lidi kelapa, tak melekat pada kuih tu...Untuk mempastikan kuih tak hangus, api sentiasa dikawal...cuba-cubalah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home