SALAM MAAL HIJRAH 1438H

TIDUR

Pak Teh | Isnin, Mei 31, 2010 |
Salah satu keperluan hidup ialah tidur...tidur adalah salah satu cara kita merehatkan tubuh badan kita setelah bekerja seharian...tempoh lama tidur dalam sehari bergantung kepada usia dan keadaan individu seperti  di bawah:

Baru lahir (sehingga 18 jam) 
1–12 bulan (14–18 jam)
1–3 tahun (12–15 jam)
3–5 tahun (11–13 jam)
5–12 tahun (9–11 jam)
Remaja (9–10 jam)
Dewasa termasuk orang tua (7–8(+) jam)
Perempuan mengandung (8(+) jam)


Tidur yang sempurna akan melalui 4 fasa yang diakhiri dengan fasa mimpi. Dalam tempoh tidur itu, kita akan melalui beberapa kali keempat-empat fasa tidur tersebut. Itulah sebabnya kita akan mengalami pelbagai jenis mimpi dan biasanya kita akan ingat mimpi yang terakhir....Tidur yang cukup ialah tidur yang berterusan bukan jumlah jam kita tidur dalam sehari. Orang yang tidak cukup boleh mengganggu mental, emosi dan kesegaran badan.



Gaya tidur kita juga memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti tidur kita bukan setakat jumlah jam tidur. Nabi Muhammad s.a.w. ada memberi panduan cara tidur yang betul. Cara tidur yang baik adalah dengan mengiringkan badan ke kanan manakala tangan kanan menyokong kepala. Cara ini ada kaitan dengan proses penghadaman makanan dan proses pengepaman jantung.

MISTERI GUNUNG LEDANG...MISTERI PERTAMA

Pak Teh | Ahad, Mei 30, 2010 |
Kalau sebut Pendidikan Luar tentu tak lengkap jika tiada aktiviti mendaki gunung.. aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal...Kisah kali ni adalah pengalamanku membawa student menjalani aktiviti mendaki gunung yang penuh dengan misteri iaitu Gunung Ledang di Johor...bila sebut Gunung Ledang selalu dikaitkan dengan cerita Puteri Gunung Ledang....aku taknak cerita pasal Puteri Gunung Ledang kerana ramai yang dah tau tentang cerita tu....
Aku masih ingat xpedisi itu pada hari Khamis dan kami sampai di kaki gunung tengah hari. Jadi kami telah membuat keputusan teruskan pendakian tetapi bermalam di pertengahan jalan, jika diteruskan ke puncak tidak sesuai kerana separuh pendakian cuaca dah gelap....Apabila sampai di tempat yang sesuai, kami mendirikan khemah untuk bermalam....Misteri bermula setelah selesai makan malam...sedang aku duduk berehat, aku didatangi rakanku  Bob (bukan nama sebenar) meminta aku menemankan beliau membuang air kecil, maklumlah suasana yang gelap gelita, hanya diterangi lampu ayam....Sebaik aku dan Bob bergerak ke tempat yg agak jauh sikit dari tapak perkhemahan, kami ditegur oleh seorang rakan lain Man (bukan nama sebenar) bertanyakan tujuan kami. Rupanya Man pun punya hajat yang sama dengan Bob. Sampai di tempat yang sesuai, dalam samar-samar tu aku dapat kenal pasti tempat tu menghampiri gaung...akupun meminta Bob pergi ke kiri dan Man ke kanan..Sementara mereka menyelesaikan tugas dia orang, aku memerhati ke arah gaung di hadapan aku....Astaghfirullah...aku ternampak satu suasana terang benderang dengan cahaya-cahaya lampu macam satu pesta...dalam hatiku berkata " takkan dalam hutan tebal gini ada pesta malam-malam"...dalam keadaan tertanya-tanya, kami balik semula ke tapak perkhemahan tanpa aku menceritakan apa yang aku nampak kepada Bob dan Man...mereka hanya tau, mereka dah lega...hehehehe...Pagi esoknya dalam diam-diam aku pergi semula ke tempat kejadian malam tu, memang sah tempat tu hanyalah hutan belantara...Bila aku fikir-fikirkan, kejadian tu ada kaitannya dengan malam jumaat...mungkin juga majlis kenduri orang bunian (makhluk alam ghaib)...mengikut orang tempatan memang ada makhluk tersebut tinggal di kawasan Gunung Ledang...cerita misteri aku ni tak habis dengan peristiwa tu je, ada sambungannya...nanti aku cerita lagi...tungguuuuuuuuu 



MUSIM KAHWIN DATANG LAGI...

Pak Teh | Khamis, Mei 27, 2010 |
Cuti sekolah akan tiba tak lama lagi...sekarang ni cuti sekolah sinonim dengan musim kenduri kahwin...maka sana sini penuh dengan jemputan kahwin, kadang-kadang sampai 3,4 jemputan sehari....hanya rumah pertama yang mampu makan, rumah yang lain hanya tunjukkan muka..atau tiap rumah hanya setakat jamah, nanti kecik lak hati tuan rumah kalau tak makan...kadang-kadang disebabkan banyak kenduri, selalulah kita dengar kes pergi salah rumah...ada yang dah bagi hadiah, dah makan...tup-tup bila pengantin muncul, baru tau salah rumah...habis camno, takkan nak mintak balik hadiah tu.....kira burn lah...eloknya ringankan mulut tu, tanya dulu siapa tuan rumah dan siapa pengantin.... sekarang ni bila cuti sekolah, bajet bukan lagi untuk membawa anak-anak bercuti tapi juga kena sediakan bajet untuk kenduri kahwin terutama sedara mara yang tinggal jauh...
Kalau dulu-dulu, masa kenduri kahwin ada adat "menanam"...iaitu bila pergi kenduri kahwin ada disediakan buku dan jug air...buku tu ditulis nama dan apa sumbangan...jug air tu  pulak tempat masukkan duit..ada gak yang bagi beras, gula dll.. Gunanya nanti, tuan rumah taulah sape yang bagi sumbangan, dan bila penyumbang tu ada kenduri kahwin, maka balaslah balik sumbangan tu sama ada sama nilai atau lebih...
Pasal kenduri kahwin ni, ada ustaz tu kata, ada yang tak kena dengan masa diadakan kenduri tu, biasanya dibuat makan tengah hari...bila tengah hari besar kemungkinan ramai yang tak solat...jadi dia sarankan buatlah masa yang tak ganggu masa solat, misalnya sebelah pagi..jadi tak payahlah sedia jamuan makan tengah hari, jimat belanja...yang penting majlis tetap ada..fikir-fikirkan....:-)

DALAM KENANGAN....IBUKU TERSAYANG

Pak Teh | Selasa, Mei 25, 2010 |
Hari ini 25 Mei genap 14 tahun ibuku kembali ke rahmatullah...padaku arwah adalah seorang ibu mithali..terlalu besar pengorbanannya kepada keluarga..sedikitpun aku tak pernah dia mengeluh dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada anak yang ramai..walau sebesar manapun pengorbanan aku terhadapnya terlalu kecil sangat jika dibandingkan dengan pengorbanannya yang seluas lautan...
Aku masih ingat, di kala semua adik beradik sudah berkumpul dan sedara mara ramai menziarah, aku dipanggil oleh salah seorang mak sedara untuk melihat arwah...aku melihat arwah dalam keadaan yang agak luar biasa...terus aku pangku arwah di ribaku sambil mengajar dia mengucap syahadah...akhirnya arwah pergi buat selama-lamanya di pangkuanku seperti mana aku selalu berada di pangkuannya...pergi dengan wajah yang tenang...satu pesanan yang masih terngiang-ngiang di telingaku..."dalam keadaan apa sekalipun jangan tinggalkan solat..."
Aku sentiasa berdoa agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...amin...Alfatihah

BUNGA-BUNGAAN PUN ADA RUMUS (FORMULA)

Pak Teh | Ahad, Mei 23, 2010 |
Beberapa contoh spesis bunga lili
Bunga....bila sebut je bunga, maka terbayanglah kecantikannya, keharumannya, warnanya yang pelbagai...ada orang suka tengok bunga, ada suka tanam bunga sehinggakan menjadi satu hobi....tetapi ada juga orang yang menjadikan satu bisnes...aura bunga ni sangat kuat sampaikan ada corak pakaianpun gunakan bunga...tak cukup dengan itu, cenderamatapun menggunakan tema bunga...tak kurang juga nama atau panggilan nama orang gunakan nama bunga macam lili (macam kawan ku tu...sori pinjam nama)..ros, cempaka dan banyak lagilah...kata orang kalau nak citer pasal bunga ni, 1001 malam tak habis...hehehe

Kali ni aku nak citer pasal rumus (formula) bunga...mungkin bila sebut pasal rumus, biasanya orang kaitkan dengan rumus sains, misalnya H2O..atau rumus matematik, misalnya Luas segiempat = panjang x lebar....

Bunga-bungaan juga ada rumusnya...Rumus bunga ialah cara untuk melambangkan struktur bunga melalui huruf, angka dan simbol yang khusus. Biasanya, rumus am digunakan untuk mewakili struktur bunga untuk sesuatu famili tumbuhan, dan bukannya untuk sesuatu spesies yang khusus. Perlambangan yang berikut telah digunakan:


Ca = kaliks (sepusar sepal; umpamanya Ca5 = 5 sepal)
Co = korola (sepusar kelopak; umpamanya Co3(x) = bilangan kelopak dalam angka kandungan tiga)
Z = ditambahkan untuk bunga zigomorfi (umpamanya CoZ6 = zigomorfi dengan 6 kelopak
A = androesium (sepusar stamen; umpamanya A∞ = banyak stamen)
G = ginesium (karpel, umpamanya G1 = bermonokarpel)
x - untuk mewakili "nombor boleh ubah"
- untuk mewakili "banyak"
Di bawah ni satu contoh rumus bunga :
Ca5Co5A10 - ∞G1


Rujukan: Wikipedia

SEGERA.....

Pak Teh | Rabu, Mei 19, 2010 |

Semua orang berlumba-lumba...semua nak cepat...semua nak segera...semua orang nak jadi jutawan segera.. sampaikan makanpun makan makanan segera...kadangkala kita lupa qada dan qadar Allah...rezeki dari Allah...sebenarnya tiada jalan pintas...biasanya apa yang kita dapat secara segera tak bertahan lama...
Aku teringat citer orang pecahkan batu gunakan penukul...ntah beratus kali atau mungkin beribu kali diketuk sehingga batu tu pecah...apa yang nak aku katakan ialah  PECAHNYA BATU ITU BUKAN DISEBABKAN PUKULAN TERAKHIR TETAPI OLEH KESELURUHAN RATUSAN/RIBUAN PUKULAN SEBELUMNYA....fikir-fikirkan...

SELAMAT HARI GURU...

Pak Teh | Ahad, Mei 16, 2010 |

16 MEI  datang lagi..menjelma buat sekian kali...terus menjelma selagi ada insan mulia yang dipanggil GURU...di kesempatan ini aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas jasa dan pengorbanan guru-guruku sehingga aku menjadi insan yang berguna, walaupun ucapan terima kasih itu tidak sama nilainya dengan jasa dan pengorbanan mereka...aku juga tak lupa mengucapkan terima kasih kepada kedua ibubapa ku kerana walaupun mereka bukan guru tetapi pada aku mereka adalah guru yang terbaik...semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. amin

SEMPENA HARI GURU...BERANI MELAKUKAN PERUBAHAN..

Pak Teh | Jumaat, Mei 14, 2010 |
Lebih 30 tahun yg lepas....ketika itu tiada lagi orang tahu apa Peperiksaan Percubaan ..sama ada untuk UPSR, PMR, SPM dan STPM...
Ketika itu aku dilantik menjadi SU Peperiksaan di sebuah sekolah menengah...tindakan pertama aku ialah apakah yg harus aku buat untuk meningkatkan prestasi keputusan peperiksaan sekolah aku terutamanya peperiksaan PMR, maklum sajelah murid yang mengambil PMR tidak ada tapisan, terus dari sekolah rendah...masa itu sekolah aku hanya mendapatkan 60% lulus peperiksaan..
Timbul idea aku untuk mengadakan satu peperiksaan yang prosedur dan pelaksanaannya sama seperti peperiksaan sebenar...buat permulaan aku lontarkan idea itu kpd rakan sejawat...respon negatif yang aku dapat...buang masa, tambah kerja dll..tp aku tak putus asa, aku lontar idea itu kpd Pengetua...walaupun pada mulanya beliau kurang yakin dengan idea aku, tapi aku bagi rasional kenapa perlu buat, barulah beliau bagi greenlight...maklum jelah tidak ada sekolah yang buat seperti yg aku cadangkan...dengan bantuan 2,3 orang rakan sejawat aku teruskan idea aku itu....murid dan penjaga dimaklumkan, guru subjek menyediakan soalan mengikut format peperiksaan, jadual peperiksaan mengikut jadual peperiksaan sebenar walaupun melibatkan sesi petang, melantik Ketua Pengawas dan Penolong Pengawas, menyediakan borang-borang yg berkaitan, menyediakan dewan peperiksaan yg siap dengan slip pada meja, murid dikehendaki membawa bersama IC semasa memasuki dewan peperiksaan, kertas soalan dibungkus dan dibuka dalam dewan peperiksaan....pendek kata aku buat betul-betul seperti peperiksaan sebenar...ikut semua prosedur peperiksaan..habis peperiksaan aku paparkan keputusan di papan kenyataan...hasil idea aku tu sangat menakjubkan...alhamdullilah...pada tahun itu, sekolah aku yg keputusannya dari 60% meningkatkan lebih 80%...
Aku cuma ingin berkongsi pengalaman, bukan untuk banggakan diri...jika ada idea untuk kebaikan, teruskan...memanglah adat manusia, sesuatu pembaharuan itu ramai yang menentang atau tidak setuju...

SENAMAN UNTUK WANITA

Pak Teh | Rabu, Mei 12, 2010 |
Memang dah sedia maklum, untuk meningkatkan dan mengekalkan kecergasan adalah melalui senaman. Tetapi ramai orang amat berat melakukan senaman secara berterusan kerana perlukan komitmen yang tinggi...mengikut prinsip latihan, keberkesanan senaman jika dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan setiap sesi antara 1 ke 2 jam...sekarang ni memang mudah kerana banyak peralatan senaman dalam pasaran dan banyak pusat-pusat kecergasan...tetapi bagi surirumah terlalu banyak komitmen dalam hal-hal dan mempunyai masa yang terhad...jadi aku cadangkan beberapa senaman yang boleh dilakukan di rumah tanpa menggunakan peralatan khas cuma ruangkan sedikit masa...insyaAllah jika dilakukan berterusan selepas 3 minggu memang ada perubahan...sebagai bonus, pada kaum wanita senaman juga dapat menjaga bentuk tubuh badan...cuba lah... (sila click pada gambar untuk melihat cara melakukannya)



Sumber: Dilip Somaiya

YANG DIKEJAR DAPAT, YANG DIKENDONG SELAMAT....

Pak Teh | Selasa, Mei 11, 2010 |
Tak payahlah buat, nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran....
Indah sungguh Bahasa Melayu kita....sesuatu perkara tu dinyatakan dengan bahasa yang indah, sopan santun dan tak menyinggung perasaan orang yang dengar..kadangkala menggunakan bahasa kiasan, bidalan, perumpamaan, peribahasa, gurindam dan banyak lagi ler... penggunaannya terus menerus dari satu generasi ke satu generasi sehingga menjadi budaya hidup orang Melayu, dan mungkin menjadi satu sikap pulak...
Pada pendapat aku, dalam zaman yang penuh cabaran, penuh dengan semangat berlumba-lumba, ada juga peribahasa yang perlu kita fikirkan bersama, adakah masih relevan sekarang kalau peribahasa itu telah menjadi budaya hidup orang Melayu...pada aku ada yg positif seperti "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" dan ada juga yang negatif jika kita gunakan pada semua keadaan...
Dalam zaman berlumba-lumba ni, salah satu sikap jika nak menang ialah mesti berani mencuba...tapi kadang-kadang niat kita terbantut bila terfikirkan "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"...jadi kita kena ubah paradigma kita, "yang dikejar dapat, yang dikendong selamat"...pada aku bila kita pegang sikap itu, barulah kita mencari jalan supaya "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran" tak berlaku...begitu juga dalam mengejar dunia dan akhirat, sepatutnya yang kita kejar dunia kita dapat, dan yang kita kendong akhirat selamat...aku minta maaf jika pandangan aku terpesong...

TEAMWORK

Pak Teh | Isnin, Mei 10, 2010 |
Adakah ini contoh Teamwork?
TEAMWORK = Together Everyone Achieve More
Teamwork atau kerja berpasukan memang kita dah biasa dan selalu dengar...kejayaan sesuatu organisasi sangat dipengaruhi hasil kerja teamwork...bukan saje ahli yang terlibat dalam organisasi tersebut malah pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dengan organisasi tersebut....apabila teamwork bermakna semua yang terlibat bertanggungjawab ke atas hasil kerja. Kalau berjaya bermakna pasukan itu yang berjaya bukannya individu. Kalau gagal, setiap ahli bertanggungjawab ke atas kegagalan tersebut, tiada yang menuding jari.
Memang tak boleh dinafikan teamwork ni dapat menghasilkan kejayaan...malah lebih cemerlang...

Apa yang nak aku ceritakan ni ialah selepas mendapat kejayaan...biasanya akan diberikan pengiktirafan terutamanya sektor awam. Aku mengambil contoh sebuah sekolah; secara umumnya melibatkan daripada Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan, KetuaBidang/Ketua Panatia, Guru-guru, murid-murid, staf sokongan, PIBG, Persatuan Murid Tua, agensi kerajaan dan masyarakat setempat. Biasanya kejayaan sekolah dilihat dari aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah murid...

Apa yang aku rasa tak kena bila diberi pengiktirafan, bukannya kepada sekolah tersebut (walaupun adakala diberikan juga) tetapi diberi kepada orang nombor 1 sebagai Pengetua Cemerlang atau Guru Besar Cemerlang....hakikatnya adakah Orang nombor 1 akan cemerlang kalau bukan sumbangan dari orang lain...pernah dilaksanakan Pengetua/Guru Besar Cemerlang dipindahkan ke sekolah lain, hasilnya sekolah baru itu tidak cemerlang...ini jelas menunjukkan kecemerlangan itu bukan disebabkan orang nombor 1 tetapi adalah organisasi..

Jadi sesiapa yang berada di tempat nombor 1, tak kira organisasi tu besar atau kecil (malah di tahap AJK Kecil pun),  janganlah perasan diri dah hebat, selagi kita berada di dalam sesuatu organisasi, selagi itulah kecemerlangan organisasi adalah hasil kerja setiap ahli organisasi...

DIBUAT SALAH TAK BUATPUN SALAH...

Pak Teh | Khamis, Mei 06, 2010 |
Dibuat salah, tak buatpun salah....jadi semua serba salah.....memangpun semua serba salah bila semua orang tegur...ini tak betul...itu tak betul...jadi mana yg betul? Puncanya ialah manusia mempunyai pelbagai persepsi..dah tu berbeza-beza pulak...yang susahnya kita tak dapat tau apa yang mereka fikirkan...kalau kita tau apa yang difikirkan, kita buat je apa yang dia fikirkan...Jadi kita janganlah terlalu fikirkan sangat apa yang orang cakap/tegur/kritik...ada orang tu boleh jadi tension dibuatnya....
Bila citer pasal persepsi orang berbeza-beza ni, teringat aku citer mengenai dua beranak dengan seekor kaldai...citer ni sebenarnya banyak versi..aku citerkan versi yang aku ingat...
Citernya begini..seorang bapa dan anak lelakinya mengembara dengan seekor kaldai dari sebuah pekan ke sebuah pekan....sampai di pekan pertama, mereka di tegur oleh penduduk pekan tu, "Apalah bodoh sangat kamu berdua, kamu tarik je kaldai tu buat apa? tungganglah kaldai tu!"...Si bapa bercakap kepada anaknya, "betul jugak...mari kita tunggang kaldai ni".. maka kedua beranak itupun menunggang kaldai itu menuju ke pekan kedua.
Sampai di pekan kedua, penduduk pekan tersebut menegur kedua beranak tersebut.."kamu dua beranak ni langsung tidak kesian pada keldai tu, dah kamu berdua gemuk"...."betul jugak" kata si bapa kepada anak. Lalu si bapa turun, tinggalkan anaknya menunggang kaldai itu menuju ke pekan ketiga...
Sampai di pekan ketiga, penduduk pekan itu menegur.."apalah punya anak, dibiarkan bapa berjalan kaki, dia masih muda menunggang kaldai"..."betul jugak" kata si bapa kepada anak. Maka si anak turun, si bapa pula menunggang kaldai menuju ke pekan keempat..
Sampai di pekan keempat, penduduk pekan itu menegur kedua beranak.." tak berhati perut si bapa tu, dibiarkan anaknya berjalan kaki"...." betul jugak" kata si bapa kepada anak. Maka si bapa turun dari kaldai dan berkata kepada anaknya. "Kalau begitu anakku, marilah kita sama-sama dukung kaldai ni", terus menuju ke pekan kelima.
Sampai di pekan kelima, penduduk pekan tersebut ketawa terbahak-bahak memandangkan perilaku kedua beranak mendukung kaldai.." apa bodoh sangat kamu berdua ni, bukankah kaldai itu untuk ditunggang, bukan di dukung!"....Kedua beranak menjadi bingung, mana satu yang betul...dibuat salah, tak buatpun salah...

KATA KUNCI....

Pak Teh | Rabu, Mei 05, 2010 |
Kadang-kadang teknik yang cikgu-cikgu gunakan untuk mengingati sesuatu fakta elok gak diteruskan....maklum jelah terlalu banyak subjek dan terlalu banyak fakta yang hendak diingatkan....macam aku ni memang kurang daya ingatan, tu sebab aku tak cemerlang dalam subjek Sejarah...hehehe...telah ditakdirkan aku mengambil jurusan sains tulen, jadi faham-faham jelah terlalu banyak fakta yang perlu difahami dan diingati dalam subjek fizik, kimia, biologi, matematik tambahan dll...
Kali ini aku nak berkongsi tentang kata kunci dalam matematik  dan kimia yang masih aku ingat sampai sekarang...kata kunci tersebut dalam trigonometri ialah SOHCAHTOA dan All Silly Tom Cat...bagi mereka yang belajar trigo tentu dapat agak kata kunci untuk apa... begitu juga dalam subjek kimia, terlalu banyak nama-nama atom yang perlu diingatkan terutama dalam Susunan Keaktifan Logam...bukan setakat kena ingat logamnya tetapi mesti betul susunannya, hampir-hampir 40 nama logam...jadi apa yang patut aku buat ialah dengan membuat ayat menggunakan setiap huruf pangkal nama logam tersebut..." Kalau Nak Ke Pasar Mesti ...dan seterusnya....
Oleh itu kepada cikgu-cikgu dan ibu bapa yang ingin membantu anak-anak mengingatkan fakta, aku cadangkan guna teknik tadi...InsyaAllah..

TIGA TIPS MERAIH KEJAYAAN

Pak Teh | Rabu, Mei 05, 2010 |
Ramai bijak pandai menggantungkan tiga papan kenyataan yang sangat berharga di pejabatnya untuk ditatap setiap hari. Pada tiap-tiap papan kenyataan itu tertulis kata-kata mutiara yang sangat berharga...
Papan pertama tertulis: "HARI ANDA ADALAH SEKARANG, HARI ANDA ADALAH SEKARANG", maksudnya hiduplah anda dalam batas-batas hari ini sahaja.
Papan kedua tertulis: "FIKIRKANLAH DAN BERSYUKURLAH", maksudnya fikirkan nikmat Allah itu, kemudian syukurlah.
Papan ketiga tertulis: "JANGAN MARAH"

Diolah dari Laa Tahzhan

KEWAFATAN ADAM 'ALAIHIS SALAM

Pak Teh | Rabu, Mei 05, 2010 |

Dalam keterangan hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Abu Hurairah dikatakan bersesuaian dengan catatan dalam Loh al-Mahfuz iaitu usia Nabi Adam a.s. ialah 1000 tahun (termasuk 43 tahun tinggal di syurga).Selepas setahun kemudiannya Hawa menyusul suaminya.
Nabi Adam a.s. wafat pada hari Jumaat. Ibnu Ishak mengatakan bahawa bersamaan dengan kewafatan Nabi Adam a.s., matahari dan bulan mengalami gerhana selama tujuh hari genap, termasuk di malam harinya.

Sumber: Qishashul Anbiya' Ibratul li Ulil Albab

KENA DAH AKU KALI NI...

Pak Teh | Selasa, Mei 04, 2010 |
Memang menjadi kebiasan apabila malam terakhir perkhemahan diadakan malam persembahan di samping beberapa permainan...permainan yang selalu dimainkan ialah kotak beracun...kotak tu bergerak dari seorang ke seorang sehingga muzik berhenti. Tatkala muzik tu berhenti, sesiapa yang memegang kotak itu, akan didenda mengikut arahan pada kertas dalam kotak tersebut. Selalunya aku selamat tapi malam itu aku terkena gak...apa pulak yang aku akan kena ni...buka lipatan kertas tu..."anda dikehendaki mengdeklamasikan sajak sendiri dengan penuh perasaan"......ALAMAK! mana aku tau pasal sajak ni....masa tu tiba-tiba jer badanku berpeluh-peluh walaupun malam tu sejuk...kalau deklamasikan sajak yang sedia ada kira ok gak...ni sajak ciptaan sendiri...dalam mereka bertepuk ramai-ramai tu, dengan izin Allah, aku dapat idea...YESSSSSSSSSSS. Dengan penuh yakin macam orang yang dah biasa mengdeklamasikan sajak (perasan.....) aku pun mulakan deklamasi sajak...
Aku.....(dengan nada suara perlahan)
Aku....
Aku....ialah aku...
Aku bukan kau.... (nada suara aku bertambah semangat...hehehe)
Kau...
Kau bukan aku....
Aku tak sama dengan kau...
Kau tak sama dengan aku...
Jadi...
Aku ialah kau..
Kau ialah kau..
Akuuuuuuu......
Sekian sajak AKU...... hehehehe...legaaaaa

MERCUN OH MERCUN....

Pak Teh | Ahad, Mei 02, 2010 |
Dam dam dum bunyi mercun.....tak sah kalau takde mercun dalam menyambut perayaan terutamanya menyambut perayaan Tahun Baru Cina....aku masih ingat tenggelam buku laliku mengharungi jalan sebuah pekan tempat aku tinggal, menunjukkan betapa banyak mercun yang dibakar....hampir 2 jam bunyi mercun dibakar tanpa henti....begitu juga trend sekarang berlaku pembakaran mercun semasa perlawanan bolasepak di stadium....tapi sekarang pembakaran mercun telah dihadkan kerana lebih banyak keburukan dari kebaikan sehinggakan telah ada undang-undang mengenai larangan pembakaran mercun....
Apa yang nak aku ceritakan ini tidak ada kaitan dengan pembakaran mercun di musim perayaan tetapi kenakalan remaja membakar mercun sebagai tanda tamatnya sesuatu peristiwa....
Aku telah dilantik menjadi Ketua Pengawas Peperiksaan SPM di sebuah sekolah bantuan  kerajaan, hampir 95 peratus pelajarnya adalah bukan bumiputera...dalam tempoh peperiksaan itu, peperiksaan berjalan lancar sehinggalah hari terakhir....Kertas peperiksaan terakhir sebelah petang....setelah aku pastikan semuanya berjalan lancar, lebih kurang 15 minit lagi hendak tamat peperiksaan, aku memberitahu penolong pengawas yang aku hendak ke tandas untuk membuang air kecil...masa itu suasana sekolah itu sunyi sepi, kalau adapun, kedengaran batuk-batuk calon peperiksaan sekali sekala....dengan langkah cepat aku menuju ke tandas guru yang jauhnya lebih kurang 20 meter dari dewan peperiksaan...sebaik sahaja aku masuk tandas, setelah aku kunci pintu, mula hendak menanggalkan zip seluar...tiba-tiba........bunyi mercun terbakar...kata remaja sekarang terkejut giler aku...maklum jelah mercun yang terbakar tu meletup dalam tandas yang aku masuk....
Beberapa minit kemudian Pengetua dan beberapa orang staf termasuk pak guard datang...sambil tersenyum Pengetua berkata..."biasalah macam ni, bila hari akhir peperiksaan"...setelah berbual dengan Pengetua barulah aku tau rupa-rupanya mercun itu terbakar menggunakan teknik "bom jangka"....genius gak budak-budak ni...mengikut Pengetua, yang memasangnya ialah pelajar sendiri, biasanya sebelum masuk ke dewan peperiksaan...tapi hari itu jangkaan pelajar kurang tepat, mereka hendakkan mercun itu meletup sebaik sahaja tamat peperiksaan...alat kawalan yang digunakan ialah ubat nyamuk lingkar...sumbu mercun itu diletakkan pada bahagian ubat nyamuk yang dijangka menyala setelah beberapa jam...aku harap korang dapat bayangkan macam mana "bom jangka" itu berfungsi...Nak jadi cerita, kebetulan pulak aku masuk tandas ketika mercun itu meletup, bukan satu tetapi sepapan.......tak pasal-pasal hajat aku nak buang air kecil terbantut! hehehe

KEAJAIBAN AL-QURAN: Bukti Al-Quran Ayat Allah

Pak Teh | Ahad, Mei 02, 2010 |

Next previous home