Dam dam dum bunyi mercun.....tak sah kalau takde mercun dalam menyambut perayaan terutamanya menyambut perayaan Tahun Baru Cina....aku masih ingat tenggelam buku laliku mengharungi jalan sebuah pekan tempat aku tinggal, menunjukkan betapa banyak mercun yang dibakar....hampir 2 jam bunyi mercun dibakar tanpa henti....begitu juga trend sekarang berlaku pembakaran mercun semasa perlawanan bolasepak di stadium....tapi sekarang pembakaran mercun telah dihadkan kerana lebih banyak keburukan dari kebaikan sehinggakan telah ada undang-undang mengenai larangan pembakaran mercun....
Apa yang nak aku ceritakan ini tidak ada kaitan dengan pembakaran mercun di musim perayaan tetapi kenakalan remaja membakar mercun sebagai tanda tamatnya sesuatu peristiwa....
Aku telah dilantik menjadi Ketua Pengawas Peperiksaan SPM di sebuah sekolah bantuan kerajaan, hampir 95 peratus pelajarnya adalah bukan bumiputera...dalam tempoh peperiksaan itu, peperiksaan berjalan lancar sehinggalah hari terakhir....Kertas peperiksaan terakhir sebelah petang....setelah aku pastikan semuanya berjalan lancar, lebih kurang 15 minit lagi hendak tamat peperiksaan, aku memberitahu penolong pengawas yang aku hendak ke tandas untuk membuang air kecil...masa itu suasana sekolah itu sunyi sepi, kalau adapun, kedengaran batuk-batuk calon peperiksaan sekali sekala....dengan langkah cepat aku menuju ke tandas guru yang jauhnya lebih kurang 20 meter dari dewan peperiksaan...sebaik sahaja aku masuk tandas, setelah aku kunci pintu, mula hendak menanggalkan zip seluar...tiba-tiba........bunyi mercun terbakar...kata remaja sekarang terkejut giler aku...maklum jelah mercun yang terbakar tu meletup dalam tandas yang aku masuk....
Beberapa minit kemudian Pengetua dan beberapa orang staf termasuk pak guard datang...sambil tersenyum Pengetua berkata..."biasalah macam ni, bila hari akhir peperiksaan"...setelah berbual dengan Pengetua barulah aku tau rupa-rupanya mercun itu terbakar menggunakan teknik "bom jangka"....genius gak budak-budak ni...mengikut Pengetua, yang memasangnya ialah pelajar sendiri, biasanya sebelum masuk ke dewan peperiksaan...tapi hari itu jangkaan pelajar kurang tepat, mereka hendakkan mercun itu meletup sebaik sahaja tamat peperiksaan...alat kawalan yang digunakan ialah ubat nyamuk lingkar...sumbu mercun itu diletakkan pada bahagian ubat nyamuk yang dijangka menyala setelah beberapa jam...aku harap korang dapat bayangkan macam mana "bom jangka" itu berfungsi...Nak jadi cerita, kebetulan pulak aku masuk tandas ketika mercun itu meletup, bukan satu tetapi sepapan.......tak pasal-pasal hajat aku nak buang air kecil terbantut! hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH