Cuti sekolah akan tiba tak lama lagi...sekarang ni cuti sekolah sinonim dengan musim kenduri kahwin...maka sana sini penuh dengan jemputan kahwin, kadang-kadang sampai 3,4 jemputan sehari....hanya rumah pertama yang mampu makan, rumah yang lain hanya tunjukkan muka..atau tiap rumah hanya setakat jamah, nanti kecik lak hati tuan rumah kalau tak makan...kadang-kadang disebabkan banyak kenduri, selalulah kita dengar kes pergi salah rumah...ada yang dah bagi hadiah, dah makan...tup-tup bila pengantin muncul, baru tau salah rumah...habis camno, takkan nak mintak balik hadiah tu.....kira burn lah...eloknya ringankan mulut tu, tanya dulu siapa tuan rumah dan siapa pengantin.... sekarang ni bila cuti sekolah, bajet bukan lagi untuk membawa anak-anak bercuti tapi juga kena sediakan bajet untuk kenduri kahwin terutama sedara mara yang tinggal jauh...
Kalau dulu-dulu, masa kenduri kahwin ada adat "menanam"...iaitu bila pergi kenduri kahwin ada disediakan buku dan jug air...buku tu ditulis nama dan apa sumbangan...jug air tu pulak tempat masukkan duit..ada gak yang bagi beras, gula dll.. Gunanya nanti, tuan rumah taulah sape yang bagi sumbangan, dan bila penyumbang tu ada kenduri kahwin, maka balaslah balik sumbangan tu sama ada sama nilai atau lebih...
Pasal kenduri kahwin ni, ada ustaz tu kata, ada yang tak kena dengan masa diadakan kenduri tu, biasanya dibuat makan tengah hari...bila tengah hari besar kemungkinan ramai yang tak solat...jadi dia sarankan buatlah masa yang tak ganggu masa solat, misalnya sebelah pagi..jadi tak payahlah sedia jamuan makan tengah hari, jimat belanja...yang penting majlis tetap ada..fikir-fikirkan....:-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH