Adakah ini contoh Teamwork? |
Teamwork atau kerja berpasukan memang kita dah biasa dan selalu dengar...kejayaan sesuatu organisasi sangat dipengaruhi hasil kerja teamwork...bukan saje ahli yang terlibat dalam organisasi tersebut malah pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dengan organisasi tersebut....apabila teamwork bermakna semua yang terlibat bertanggungjawab ke atas hasil kerja. Kalau berjaya bermakna pasukan itu yang berjaya bukannya individu. Kalau gagal, setiap ahli bertanggungjawab ke atas kegagalan tersebut, tiada yang menuding jari.
Memang tak boleh dinafikan teamwork ni dapat menghasilkan kejayaan...malah lebih cemerlang...
Apa yang nak aku ceritakan ni ialah selepas mendapat kejayaan...biasanya akan diberikan pengiktirafan terutamanya sektor awam. Aku mengambil contoh sebuah sekolah; secara umumnya melibatkan daripada Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan, KetuaBidang/Ketua Panatia, Guru-guru, murid-murid, staf sokongan, PIBG, Persatuan Murid Tua, agensi kerajaan dan masyarakat setempat. Biasanya kejayaan sekolah dilihat dari aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah murid...
Apa yang aku rasa tak kena bila diberi pengiktirafan, bukannya kepada sekolah tersebut (walaupun adakala diberikan juga) tetapi diberi kepada orang nombor 1 sebagai Pengetua Cemerlang atau Guru Besar Cemerlang....hakikatnya adakah Orang nombor 1 akan cemerlang kalau bukan sumbangan dari orang lain...pernah dilaksanakan Pengetua/Guru Besar Cemerlang dipindahkan ke sekolah lain, hasilnya sekolah baru itu tidak cemerlang...ini jelas menunjukkan kecemerlangan itu bukan disebabkan orang nombor 1 tetapi adalah organisasi..
Jadi sesiapa yang berada di tempat nombor 1, tak kira organisasi tu besar atau kecil (malah di tahap AJK Kecil pun), janganlah perasan diri dah hebat, selagi kita berada di dalam sesuatu organisasi, selagi itulah kecemerlangan organisasi adalah hasil kerja setiap ahli organisasi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH