Kalau sebut Pendidikan Luar tentu tak lengkap jika tiada aktiviti mendaki gunung.. aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal...Kisah kali ni adalah pengalamanku membawa student menjalani aktiviti mendaki gunung yang penuh dengan misteri iaitu Gunung Ledang di Johor...bila sebut Gunung Ledang selalu dikaitkan dengan cerita Puteri Gunung Ledang....aku taknak cerita pasal Puteri Gunung Ledang kerana ramai yang dah tau tentang cerita tu....
Aku masih ingat xpedisi itu pada hari Khamis dan kami sampai di kaki gunung tengah hari. Jadi kami telah membuat keputusan teruskan pendakian tetapi bermalam di pertengahan jalan, jika diteruskan ke puncak tidak sesuai kerana separuh pendakian cuaca dah gelap....Apabila sampai di tempat yang sesuai, kami mendirikan khemah untuk bermalam....Misteri bermula setelah selesai makan malam...sedang aku duduk berehat, aku didatangi rakanku Bob (bukan nama sebenar) meminta aku menemankan beliau membuang air kecil, maklumlah suasana yang gelap gelita, hanya diterangi lampu ayam....Sebaik aku dan Bob bergerak ke tempat yg agak jauh sikit dari tapak perkhemahan, kami ditegur oleh seorang rakan lain Man (bukan nama sebenar) bertanyakan tujuan kami. Rupanya Man pun punya hajat yang sama dengan Bob. Sampai di tempat yang sesuai, dalam samar-samar tu aku dapat kenal pasti tempat tu menghampiri gaung...akupun meminta Bob pergi ke kiri dan Man ke kanan..Sementara mereka menyelesaikan tugas dia orang, aku memerhati ke arah gaung di hadapan aku....Astaghfirullah...aku ternampak satu suasana terang benderang dengan cahaya-cahaya lampu macam satu pesta...dalam hatiku berkata " takkan dalam hutan tebal gini ada pesta malam-malam"...dalam keadaan tertanya-tanya, kami balik semula ke tapak perkhemahan tanpa aku menceritakan apa yang aku nampak kepada Bob dan Man...mereka hanya tau, mereka dah lega...hehehehe...Pagi esoknya dalam diam-diam aku pergi semula ke tempat kejadian malam tu, memang sah tempat tu hanyalah hutan belantara...Bila aku fikir-fikirkan, kejadian tu ada kaitannya dengan malam jumaat...mungkin juga majlis kenduri orang bunian (makhluk alam ghaib)...mengikut orang tempatan memang ada makhluk tersebut tinggal di kawasan Gunung Ledang...cerita misteri aku ni tak habis dengan peristiwa tu je, ada sambungannya...nanti aku cerita lagi...tungguuuuuuuuu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH