SALAM MAAL HIJRAH 1438H

SAWADIKAP....TERKENA AKU

Pak Teh | Ahad, Ogos 21, 2011 |
As salam...

Kata orang tak sah kalau tak usik anak dara orang kalau budak lelaki duduk berkumpul ramai-ramai...paling kurang pun dengan teguran memberi salam, yang terlebih tu faham-faham jelah, tak payahlah aku nak perincikan...kali ini aku nak cerita pasal usik mengusik anak dara semasa aku berumur 20 tahun, belajar di sebuah kolej di Pulau Mutiara...ceritanya begini....memang menjadi rutin harian kami setiap petang bermain bolasepak di padang kolej. Bahagian belakang padang itu, jalanraya utama dan di seberang jalan terdapat taman perumahan, kebanyakannya rumah jenis bungalo, sudah tentu orang yang loaded saje tinggal di situ. Sebenarnya kami teruja sangat bermain bolasepak setiap petang kerana kata orang ada motivasi....dua orang wanita yang duduk di halaman rumah sering memerhati kami bermain bolasepak...nak jadi cerita, dah kerap sangat kami nampak mereka, maka mulalah kami menjadi lebih ramah...melambai-lambai tangan kepada mereka....rupanya kami tidak bertepuk sebelah tangan....peristiwa lambai melambai terus berlaku setiap petang sehingga kami semua teruja nak tahu siapa mereka...ada yang mencadangkan  supaya pergi sahaja jumpa mereka...tetapi siapa yang nak pergi? masing-masing semuanya menolak...maklum sajalah tak tahu lagi apa kemungkinan yang berlaku jika pergi menemui mereka...hasrat nak jumpa mereka itu terpendam buat seketika...nak jadi cerita, suatu petang aku gatal mulut pulak, "Kalau korang tak berani, biar aku je yang pergi!" Tapi macam mana? Bincang punya bincang, bila tengah main, salah sorang menendang bola kuat-kuat supaya bola tu melepasi pagar dan melepasi jalanraya dan sampai ke depan rumah perempuan itu...rancangan  kami menjadi, bola itu memang mendarat di depan rumah perempuan itu. Kelihatan perempuan itu memberi isyarat menyuruh datang mengambil bola..dah tentu itu menjadi tugas aku...aku pun keluar melalui lubang kecil pada pagar, menyeberang jalanraya dan sampai di depan rumah perempuan itu, tapi hanya seorang je yang ada, mana sorang lagi? Akupun tak berlengah lagi, dengan malu-malu mengambil bola itu dan terus menendang bola itu dengan kuat supaya masuk semula ke dalam padang...
Dipendekkan cerita, setelah aku menendang bola, kami bertegur sapa...rupanya perempuan Melayu...dia mengajak aku masuk ke rumah kerana "mem" nya ajak minum...aku menolak pelawaannya dengan pelbagai alasan, namun akhirnya termakan juga pujukannya...sebaik aku melangkah masuk rumah itu, berdiri seorang wanita cantik dengan tersenyum menegur aku, "Sawadikap...." kata orang, gugur jantung aku mendengar teguran suara lembut dari seorang wanita cantik...aku terpinga-pinga dengan teguran sebegitu..maklum sajelah perkataan itu ramai yang tahu iaitu bahasa Siam..."Perempuan ni Siam ke Melayu sebab yang mengajak aku masuk tadi Melayu"...Dipendekkan cerita, rupa-rupanya wanita yang menunggu di dalam rumah adalah berbangsa Thai dan bertugas sebagai Pensyarah Bahasa Thai di USM. Perempuan Melayu yang mengajak aku masuk ialah pembantu rumahnya...sejak dari peristiwa itu aku dan  Miss Ticha (nama pensyarah tu) menjadi kawan baik sehinggalah aku tamat belajar di kolej.

ORANG TAWAKKAL, AWAKPUN NAK TAWAKKAL TAPI..

Pak Teh | Khamis, Ogos 18, 2011 |

As salam...

Ramai orang ambil jalan pintas dengan hanya bertawakkal kepada Allah s.w.t. sedangkan sebelum bertawakkal ada perkara-perkara yang perlu kita lakukan terlebih dahulu. Saidina Umar pernah menegaskan bahawa bertawakkal itu ibarat seorang petani yang telah menyemai biji-biji benih ke dalam tanah, setelah tanah itu diusahakan dan dibaja dengan sebaik-baiknya. Kemudian barulah ia bertawakkal kepada Allah s.w.t.
Di zaman Rasulullah s.a.w. pernah berlaku satu peristiwa iaitu ada seorang lelaki yang datang berjumpa Rasullullah s.a.w. kerana hendak bertanya sesuatu untuk dirinya, setelah bercakap-cakap seketika lelaki tersebut memberitahu yang dia datang dengan mengenderai unta, dan untanya itu dilepaskan dengan bertawakkal kepada Allah s.w.t. Dengan wajah yang berubah sebagai menunjukkan tidak bersetuju terhadap cara tawakkal lelaki itu, lalu baginda bersabda, maksudnya: "Ikatlah dahulu unta kamu itu kemudian barulah bertawakkal"




Sumber: Asas Aqidah Islam

SUSAH SANGAT KE NAK BERSEDEKAH?

Pak Teh | Sabtu, Ogos 13, 2011 |
As salam....

Semua orang tau bersedekah di bulan Ramadhan sangat besar pahalanya...menyebabkan ramai orang berebut-rebut amik kesempatan untuk bersedekah terutamanya  bersedekah dengan memberi makanan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa...kerana bersedekah makanan berbuka puasa, pahala orang yang berpuasa itu kita dapat tanpa mengurangkan pahala orang itu berpuasa, disamping pahala kita bersedekah....Jadi tak heranlah individu atau pertubuhan sanggup berdiri di tepi jalan mengedarkan juadah berbuka puasa, terutamanya bubur lambuk... Bagaimana pula orang yang tak berkemampuan bersedekah sebegitu rupa? Sebenarnya masih banyak cara kita bersedekah walaupun dalam konteks wang ringgit kita kurang mampu untuk bersedekah...setengah orang mengatakan paling mudah bersedekah "tanpa modal" ialah dengan melemparkan senyuman kerana senyuman itu merupakan satu sedekah...
Apa yang aku ceritakan di atas semua orang tau cuma dalam entri kali ni aku nak kaitkan dengan kata-kata seorang ustaz semasa takzirah subuh. Ustaz itu memberitahu jangan ambil jalan mudah untuk bersedekah....jalan mudah?...selepas beliau menjelaskannya barulah aku tau maksud "jalan mudah" itu, antara maksudnya ialah kita jangan setakat menghantar wang sedekah kepada Badan Kebajikan dan yang seumpamanya kerana itu dikatakan sebagai "jalan mudah" untuk bersedekah...beliau menyarankan supaya kita bersusah payah sedikit mencari penerima sedekah yang benar-benar layak semoga sedekah kita sedekah yang mabrur.... Wallahhualam

PERADUAN SMS UCAPAN HARI RAYA

Pak Teh | Rabu, Ogos 10, 2011 |

Lain hulu lain parang....sekarang ni ucapan hari raya dah boleh dihantar sekelip mata je melalui sms atau mms.... baru-baru ni aku menerima banyak sms ucapan sempena Ramadhan dari kekawan...kagum gak aku dengan kreativiti ucapan itu dan salah satu yang menarik ialah Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIR bernombor 1432H dengan tujuan AIDIL FITRI. Kita akan terbang dengan ketinggian 29/30 ke atas  permukaan HAUS & LAPAR. Para penumpang diwajibkan untuk memasang NIAT PUASA, menegakkan kursi SOLAT & tambahan AMAL IBADAH. Penerbangan ini bebas asap  PERMUSUHAN & PERSELISIHAN. Saya selaku anak kapal yang bertugas mengucapkan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al Mubarak. (credit to Marlis).
Sempena dengan  kedatangan Aidil Fitri nanti, aku nak kekawan cuba cipta ucapan hari raya yang kreatif dengan menyertai peraduan yang agak mudah...

Syarat-syarat peraduan:
1.  Terbuka kepada semua kekawan follower blog sembang MiZiM
2.  Buat entri di blog kekawan dengan title PERADUAN SMS UCAPAN HARI RAYA SEMBANG MIZIM
3.  Buat ucapan hari raya yang kreatif dan sesuai dijadikan ucapan hari raya melalui sms. Jumlah perkataan tiada had.
4.  Tag entri tersebut kepada seberapa ramai blogger yang kekawan suka, secara tak langsung blogger yang kekawan tag tu boleh menyertai peraduan ini
5.  Maklumkan melalui shoutbox blog saya yang kekawan menyertainya
6.  Tarikh tutup pada 23 Ogos 2011 dan pemenang akan diumumkan pada  25 Ogos 2011

Pemenang:  ucapan yang paling kreatif
Hadiah: Hadiah aku sediakan taklah begitu lumayan, saje suka-suka di samping menguji kreativiti kekawan mencipta ucapan hari raya.. Hadiahnya
Hadiah utama:
Tiga hadiah saguhati setiap pemenang
PENTING: HADIAH HANYA BERBENTUK TOPUP, KAEDAH LAIN SORI YE. (nanti aku bagi tahu cara nak topup kepada sesiapa yg menang)

Selamat mencuba kekawan....

DAH PUAS BERDOA NAMUN...

Pak Teh | Ahad, Ogos 07, 2011 |
as salam..                                                                                           ..
Mungkin ada kekawan pernah terdengar rintihan orang yang dalam kekecewaan berkata " Dah puas aku berdoa, siang malam...tapi Allah tak juga makbulkan"....tentu sedih gak kita mendengarnya kan....tapi memadai ke hanya dengan berdoa tanpa usaha dan ikhtiar...kadangkala kita dah berusaha dan berikhtiar sebaik mungkin, namun setelah berdoa masih juga tidak termakbul...
Pernah orang bertanya kepada Ibrahim Adham (seorang ahli tasauf yang masyhur) mengapa doa mereka tidak dikabulkan Allah pada hal mereka selalu berdoa. Jawapan beliau:
1.    Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan hakNya
2.    Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya
3.    Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya
4.    Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya
5.    Kamu telah berkata bahawa syaitn itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya
6.    Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya
7.    Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya
8.    Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya
9.   Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri
10.   Kamu kuburkan mayat, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka

Wallahhualam

JANGAN LUPA WALAUPUN BERPUASA

Pak Teh | Sabtu, Ogos 06, 2011 |
Jalur gemilang di depan rumahku
As salam....

Hari ini adalah hari keenam kita berpuasa dalam bulan Ramadhan 1432 Hijri, dan juga merupakan hari keenam bulan Ogos 2011 Masihi....Walaupun kita berebut-rebut beramal sebanyak-sebanyaknya di bulan Ramadhan ini, kita juga jangan lupa tuntutan sebagai warganegara Malaysia, negara yang kita sangat cintai...Semua orang sudah tahu, bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan negara kita...dan sebagai satu tanda menunjukkan kemegahan kita menyambut kemerdekaan negara kita pada 31 Ogos nanti, kita digalakkan sekurang-kurang mengibarkan jalur gemilang di rumah, paling kurang sehelai, lagi banyak lagi meriah nampaknya... kibaran jalur gemilang juga menunjukkan penghargaan kita kepada pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita.. dibulan Ramadhan ini memang sesuai kita sedekahkan Fatehah kepada pejuang kemerdekaan yang masih hidup atau yang telah pergi buat selama-lamanya...Kepada kekawan yang terlupa itu, eloklah cepat-cepat kibarkan jalur gemilang di depan rumah....ini sahaja yang paling mudah kita lakukan sebagai tanda kita bersama-sama dalam semangat kemerdekaan....

MANGGA RAHIMAH

Pak Teh | Selasa, Ogos 02, 2011 |
As salam...

Bila aku tengok jemaah haji yang berkumpul di lapangan terbang, macam-macam tanda yang dibuat para jemaah pada beg mereka.Tak cukup dengan tag nama yang ada pada beg, ditulis pulak dengan marker pen...lepas tu siap pulak diikat dengan ribbon...semuanya adalah bertujuan mudah mengenali beg masing-masing. Maklum sajelah, semua beg sama saje, dibekalkan oleh Lembaga Tabung Haji atau agensi..walaupun dah siap dengan tanda unik tapi masih juga berlaku kes bertukar beg. Inikan pula kalau beg-beg yang banyak itu tidak bertanda.
Entri aku kali ini nak cerita pasal guna beg yang sama jenis/rupa....Kejadian itu berlaku semasa aku menuntut di salah sebuah maktab di Pulau Mutiara...masa itu kami hanya balik kampung dengan menaiki keretapi menggunakan tiket waran. Kalau tak guna tiket itu bermakna kenalah keluar belanja sendiri. Masa itu kemudahan pengangkutan memang terhad dan kosnya pun agak mahal....sekarang ini macam-macam jenis pengangkutan awam boleh digunakan termasuklah penerbangan...
Biasalah bila balik kampung, semua pelajar akan menggunakan beg maktab sebagai identiti dan juga masa itu terasa megah bila menyandang beg maktab....jika barang banyak gunalah beg lain.
Setelah menempuh perjalanan melebihi 8 jam, sampailah kami ke stesen keretapi Tampin... kebanyakan pelajar yang turun di stesen ini adalah pelajar dari Negeri Sembilan dan Melaka....oleh kerana suka sangat, kami berebut-rebut turun keretapi..mana yang bawak lebih daripada sebuah beg, kami saling bantu membantu menurunkannya...setelah salam bersalaman antara satu sama lain, kami berpisah menuju rumah masing-masing dengan pelbagai kenderaan. Aku bertuah kerana ibubapaku menjemput dengan kereta...
Sebaik sahaja sampai di rumah, aku tak berlengah lagi membuka beg aku kerana aku ada beli buah pala sebagai buah tangan. Alangkah terperanjatnya aku bila aku buka zip beg, yang aku nampak ialah pakaian dalam wanita....alamakkkkkkkkk....dah sah bertukar beg dengan kawan perempuan di stesen keretapi tadi...macam mana ni? aku minta bantuan kakakku membuka beg tersebut kalau-kalau ada petanda siapa yang empunya beg...alhamdulillah, kakakku terjumpa sebuah buku yang tertera nama Rahimah bt........ lagi sekali aku istighfar...bukan ape, setahu aku Rahimah tinggal di Melaka, aku taktau rumahnya...dipendekkan cerita, dengan bantuan rakan semaktab, aku akhirnya dapat gak sampai ke rumah Rahimah...cuma bezanya si Rahimah ini belum sempat membuka beg aku kerana dia tak terdesak membuka segera kerana dia ada beg kedua...dipendekkan cerita, sebelum kami balik ibubapa Rahimah membekal buah mangga  yang kebetulan dah masak di laman rumah mereka.
Dipendekkan cerita, biji mangga itu kami tanam kerana isinya rasa sedap. Tiap tahun pokoknya berbuah lebat dan ramai yang dah merasa buahnya akan mintak benihnya untuk ditanam. Cuma satu soalan sahaja yang susah aku nak jawab bila mereka bertanya, "apa nama mangga ni, sedaplah"..Secara spontan aku jawab "mangga Rahimah"....ntah berapa banyak dah pokok yang ditanam di merata tempat dari benih mangga tersebut, sehinggalah ke hari ini mangga tersebut dikenali sebagai MANGGA RAHIMAH....(semoga Rahimah dan keluarganya dimurahkan rezeki...amin)

Next previous home