SALAM MAAL HIJRAH 1438H

MANGGA RAHIMAH

Pak Teh | Selasa, Ogos 02, 2011 |
As salam...

Bila aku tengok jemaah haji yang berkumpul di lapangan terbang, macam-macam tanda yang dibuat para jemaah pada beg mereka.Tak cukup dengan tag nama yang ada pada beg, ditulis pulak dengan marker pen...lepas tu siap pulak diikat dengan ribbon...semuanya adalah bertujuan mudah mengenali beg masing-masing. Maklum sajelah, semua beg sama saje, dibekalkan oleh Lembaga Tabung Haji atau agensi..walaupun dah siap dengan tanda unik tapi masih juga berlaku kes bertukar beg. Inikan pula kalau beg-beg yang banyak itu tidak bertanda.
Entri aku kali ini nak cerita pasal guna beg yang sama jenis/rupa....Kejadian itu berlaku semasa aku menuntut di salah sebuah maktab di Pulau Mutiara...masa itu kami hanya balik kampung dengan menaiki keretapi menggunakan tiket waran. Kalau tak guna tiket itu bermakna kenalah keluar belanja sendiri. Masa itu kemudahan pengangkutan memang terhad dan kosnya pun agak mahal....sekarang ini macam-macam jenis pengangkutan awam boleh digunakan termasuklah penerbangan...
Biasalah bila balik kampung, semua pelajar akan menggunakan beg maktab sebagai identiti dan juga masa itu terasa megah bila menyandang beg maktab....jika barang banyak gunalah beg lain.
Setelah menempuh perjalanan melebihi 8 jam, sampailah kami ke stesen keretapi Tampin... kebanyakan pelajar yang turun di stesen ini adalah pelajar dari Negeri Sembilan dan Melaka....oleh kerana suka sangat, kami berebut-rebut turun keretapi..mana yang bawak lebih daripada sebuah beg, kami saling bantu membantu menurunkannya...setelah salam bersalaman antara satu sama lain, kami berpisah menuju rumah masing-masing dengan pelbagai kenderaan. Aku bertuah kerana ibubapaku menjemput dengan kereta...
Sebaik sahaja sampai di rumah, aku tak berlengah lagi membuka beg aku kerana aku ada beli buah pala sebagai buah tangan. Alangkah terperanjatnya aku bila aku buka zip beg, yang aku nampak ialah pakaian dalam wanita....alamakkkkkkkkk....dah sah bertukar beg dengan kawan perempuan di stesen keretapi tadi...macam mana ni? aku minta bantuan kakakku membuka beg tersebut kalau-kalau ada petanda siapa yang empunya beg...alhamdulillah, kakakku terjumpa sebuah buku yang tertera nama Rahimah bt........ lagi sekali aku istighfar...bukan ape, setahu aku Rahimah tinggal di Melaka, aku taktau rumahnya...dipendekkan cerita, dengan bantuan rakan semaktab, aku akhirnya dapat gak sampai ke rumah Rahimah...cuma bezanya si Rahimah ini belum sempat membuka beg aku kerana dia tak terdesak membuka segera kerana dia ada beg kedua...dipendekkan cerita, sebelum kami balik ibubapa Rahimah membekal buah mangga  yang kebetulan dah masak di laman rumah mereka.
Dipendekkan cerita, biji mangga itu kami tanam kerana isinya rasa sedap. Tiap tahun pokoknya berbuah lebat dan ramai yang dah merasa buahnya akan mintak benihnya untuk ditanam. Cuma satu soalan sahaja yang susah aku nak jawab bila mereka bertanya, "apa nama mangga ni, sedaplah"..Secara spontan aku jawab "mangga Rahimah"....ntah berapa banyak dah pokok yang ditanam di merata tempat dari benih mangga tersebut, sehinggalah ke hari ini mangga tersebut dikenali sebagai MANGGA RAHIMAH....(semoga Rahimah dan keluarganya dimurahkan rezeki...amin)

2 ulasan:

saiazuan berkata...

huhu pengalmn yg menarik untuk diceritakan.. mangga rahimah.. jika ada rezeki boleh cuba ;)

sembang MiZiM berkata...

Terima kasih saiazuan ...pengalaman yg sebegini memang sukar dilupakan..ada masa bacalah pengalaman saya yg lain di bawah lebel KISAH DULU-DULU atau menu MEMORI

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home