
Sehubungan dengan itu aku ingin berkongsi cerita mengenai perkataan InsyaAllah...
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasullullah saw telah bersabda: "Nabi Sulaiman bin Daud a.s. telah berkata, "Aku akn berjimak dengan 100 orang isteriku pada malam ini. Semoga mereka semua akan melahirkan anak lelaki yang akan berperang fisabilillah." Pada waktu itu, berkatalah sahabatnya, "InsyaAllah" Kerana Nabi Sulaiman a.s. tidak menyebut "insyaAllah", maka semua isteri baginda tidak mengandung melainkan seorang sahaja. Dia telah melahirkan seorang anak lelaki yang tidak sempurna sifatnya (sebelah badan sahaja). Rasullullah saw bersabda, "Demi Allah, Tuhan yang jiwa raga Muhammad berada di tanganNya. Sekiranya Nabi Sulaiman a.s. berkata "insyaAllah", nescaya baginda akan mendapat anak lelaki daripada semua isterinya untuk menunggang kuda bertujuan jihad fisabillillah."
Sohih al-Bukhari: 3171; Sohih Muslim: 3126; Sunan at-Tirmidzi: 1352; Sunan an_Nasaie: 3771; Musnad Ahmad: 6840
Sumber: Kisah-kisah daripada Rasullullah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH