
Ibnu Abbas r.a. menerangkan bahawasanya Nabi S.A.W. bersabda: "Sesiapa yang tidak menyenangi kepala pemerintahannya hendaklah ia bersabar kerana sesungguhnya orang yang keluar dari mentaati pemerintahan nescaya dia mati sebagaimana mati di masa jahiliyah" (Bukhari dan Muslim)
Huraian:
Rasullullah SAW melarang kita daripada bertindak menetang penguasa dan melakukan pemberontakan terhadapnya. Ini disebabkan perkara tersebut akan menjadikan kita dilabel sebagai pendurhaka dan kematian kita disamakan seperti matinya orang-orang jahiliyah iaitu mati dalam keadaan bercerai berai dan tidak mempunyai kesatuan. Lagi pula penentangan kita itu akan menimbulkan fitnah dan kekacauan, merosakkan kerukunan masyarakat dan boleh mengakibatkan pertumpahan darah (pergaduhan dan perkelahian). Jumhur ulama' berpendapat bahawa sekalipun seseorang pemerintah atau ketua itu berlaku fasik, namun kita tidak boleh mengambil jalan mudah terus memecatnya dari kedudukannya. Wajib ke atas kita melakukan apa yang diperintahnya asal saja ia bukan perkara yang berbentuk maksiat dan melanggar syarak.
Fikir-fikirkan...
Sumber: Hadis Harian JAKIM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH