1. Jangan gunakan PASSWORD atau katalaluan yang lemah. Gunakan password yang terdiri daripada gabungan angka, huruf besar, huruf kecil dan simbol, contoh e25HKm2!
2. Jangan letak tarikh lahir yang penuh. Ini ada kaitannya dengan akaun bank atau kad kredit. Kalau nak pamerkan juga, letakkan tarikh dan bulan sahaja.
3. Pastikan "privacy control" hanya untuk rakan sahaja bukan untuk semua orang terutamanya maklumat INFO.
4. Jangan letak caption atau tag pada foto keluarga. Jika ada rakan yang tagkan, removekan tag itu.( pada aku memadailah setakat letak bilangan anak je, janganlah sampai letak nama anak yang lengkap, siap pulak dengan bin/binti)
5. Jangan sesekali meletakkan maklumat yang kita meninggalkan rumah, katalah nak pergi holiday seminggu. Lagi bahaya jika meletakkan sekali tarikh meninggalkan rumah.
6. Jangan biarkan anak-anak menggunakan fb tanpa pengawasan..
Diharapkan info di atas dapat sedikit sebanyak menjadi panduan kepada kekawan yang ada akaun fb atau website komuniti yang lain, termasuklah blogger.. kekadang itu aku heran gak, sampaikan takde langsung privacy, habis semua nak cerita dalam fb, kata orang "cerita dalam kelambupun" nak tulis gak dalam fb...nak tanya masak lauk apa pun tanya suami kat wall fb walaupun suami duduk serumah atau boleh dihubungi melalui phone...nak cakap "i love you" kat suamipun tulis kat wall...ish ish ish....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH