
Wi-Fi merupakan teknologi mengakses data kelajuan tinggi daripada Rangkaian Kawasan Setempat Wayarles (WLAN). WiMax pula merujuk kepada perkhidmatan rangkaian dengan liputan lebih luas sehingga merangkumi kawasan melebihi 50 km berbanding dengan Wi-Fi hanya 90 meter. Wi-Fi dan WiMax mempunyai hubungan yang sangat rapat di mana Wi-Fi menghubungkan di antara komputer di sesuatu kawasan pejabat/rumah/premis manakala WiMax digunakan untuk menghubungkan rangkaian-rangkaian Wi-Fi.
Dalam keghairahan kita mengakses menggunakan Wi-Fi terdapat risikonya iaitu
1. Pencerobohan - iaitu mendedahkan komputer kita kepada pencerobohan oleh mereka yang tak bertanggungjawab. Ini kerana kebanyakan Wi-Fi terbuka dan tidak mempunyai kata laluan (password), juga tidak mempunyai sistem perlindungan keselamatan untuk para pengguna. Kesannya data-data dalam komputer kita boleh diakses dengan mudah oleh siapa sahaja yang berada dalam rangkaian tempatan atau yang mengakses dari luar.
2. Virus - mudah terdedah kepada ancaman virus, trojan, malware, cecacing, dan sebagainya yang menelinap masuk ke dalam komputer yang tidak dilindungi sepenuhnya.
3. Kecurian - Banyak kes kecurian laptop berlaku setelah pengguna menggunakan Wi-Fi di tempat-tempat terbuka seperti di restoren. Biasanya pengguna ini meletakkan laptop di dalam kereta selepas menggunakannya, tanpa disedari ada mata yang mengekorinya...lebih mudah dicuri jika pengguna meletakkan kenderaan itu dalam tempoh masa yang lama...
Jadi sama-samalah kita berhati-hati dalam hal ini dan tidak terkecuali juga kepada mereka yang menggunakan Wi-Fi melalui telefon bimbit...Fikir-fikirkan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH