SALAM MAAL HIJRAH 1438H

PERANGAI ISTERI......RENUNGAN UNTUK PARA SUAMI

Pak Teh | Isnin, September 06, 2010 |
Dah tinggal dua tiga hari nak raya ni, yang paling sibuk ialah kaum pompuan....mana lagi nak buat kuih, nak kemas rumah, nak jahit baju, 1001 macam nak buat...rutin harian pun dah tak menentu....jadi para suami dan anak-anak akan berasa kelainan sikit...pendek kata, pandailah masing-masing nak hidup...hehehehe..Nak citer lebihpun korang sendiri dah alami...jadi dalam entry ni aku nak citer pasal Khalifah Umar Ibnul Khattab dengan perangai isterinya...
Diceritakan, bahawa ada seorang datang ke rumah Khalifah Umar Ibnul Khattab untuk mengadukan perangai buruk isterinya. Apabila orang itu tiba di pintu rumah Khalifah, tiba-tiba dia terdengar isteri Khalifah sedang meninggikan suara mengata nista Khalifah sedangkan Khalifah hanya berdiam diri sahaja, tidak menjawab sepatahpun.
Maka orang itupun tak jadi hendak mengadu, malah tergesa-gesa hendak pulang meninggalkan rumah Khalifah, tetapi Khalifah sempat memanggilnya seraya bertanya, "Apa hajatmu datang ke mari?". Jawab orang itu, "Tidak ada apa-apa wahai Amirul Mukminin!". Tanya Khalifah,"Mengapa datang, kalau tidak ada apa-apa?" Kata orang tu lagi,"Sebenarnya saya datang ini nak mengadukan kelakuan buruk isteri saya, wahai Amirul Mukminin. Tetapi tiba-tiba saya mendapati tuan hamba juga mengalami nasib yang sama seperti saya."

Berkata Khalifah Umar, "Wahai saudaraku! Aku terpaksa menanggung semua itu kerana aku terhutang budi kepadanya. Dia telah memasak makananku, membuat roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusukan anakku, padahal semua itu tidak wajib atasnya. Dan dia juga menjadi tempat kemesraanku, di mana hatiku berasa tenang dan kerana itu juga aku terlindung daripada melakukan yang haram. Bagaimana dapat aku menentangnya, jadi aku hanya bersabar dan memekakkan telinga saja."

Kata orang tu pula, "Saya juga menanggung nasib yang sama seperti tuan hamba, wahai Amirul Mukminin!"
Maka berkata Amirul Mukminin lagi," Wahai saudaraku! Bersabarlah atas kelakuan isterimu itu."....Fikir-fikirkan

Diolah daripada Cerita serta Doa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home