
Kisah ini berlaku semasa aku berada di dalam darjah 2, abangku Din dalam darjah 4..seperti hari-hari puasa yang lain, petang hari tengok anak bulan...aku, abangku dan kekawan masih bermain walaupun dah lewat petang...rumahku ditepi jalan jer..dalam kami masih leka bermain, lalu sekumpulan orang menaiki basikal...ada kawan aku yang kenal salah sorang dari mereka lalu menegur, "Ke mana tu Tok Bilal?"..jawapan diterima, "Mana lagi, tengok anak bulan ler"..sebenarnya tempat tengok anak bulan Baitul-hilal Telok Kemang tu hanya 1 km dari rumahku..masa tu AJK masjid pergi dengan mengayuh basikal, Mufti dan pegawai Jabatan Agama menaiki kereta..
Seperti biasa...aku, abangku dan kekawan berpakat selepas berbuka puasa tunggu rombongan itu balik...lebih kurang hampir sejam selepas berbuka, rombongan tu balik..apa lagi, kami pun tanpa lengah-lengah bertanya Tok Bilal, "nampak tak anak bulan Tok Bilal?"..bayangkanlah keadaan kami kalau jawapan yang diterima, "Alhamdulillah, nampak anak bulan"...tentu kami melompat-lompat kesukaan kerana esok raya...dan bayangkan pula bila jawapan sebaliknya...apa yang nak aku kongsi di sini ialah kami adalah antara yang terawal tahu samada beraya atau tak, itulah satu nostalgia bagi diriku setiap kali tiba Syawal... kebelakangan ini walaupun boleh dikatakan setiap negeri ada baitul-hilal tetapi penentuan kerap menggunakan hisab...difahamkan memang sukar untuk melihat anak bulan (anak bulan mengikut syarat tertentu) sekarang ni...aku pun kurang pasti kenapa sukar kelihatan..aku difahamkan masa aku kecik-kecik dulu, rombongan tengok anak bulan tu bukan terus tengok anak bulan tetapi mereka melakukan solat hajat dahulu, berwirid dan lain-lain, tapi tak berlaku lagi sekarang ni...wallahhualam
Gambar di atas pinjam dari blog Nizam Limited

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH