Tidakkah kita berasa megah dan bangga bila melihat bendera Union Jack diturunkan pada tanggal 31 Ogos 1957 dan digantikan dengan Jalur Gemilang?
Bangga atau megah bergantung kepada sejauh mana erti peristiwa di atas kepada individu yang bergelar warganegara Malaysia. Secara asasnya memang berbeza kerana setelah 52 tahun merdeka, terdapat 3 generasi yang terlibat. Generasi "tua" ialah generasi yang terlibat secara langsung dalam memperjuangkan kemerdekaan, tau perit getir dan tau susah senangnya untuk mencapai kemerdekaan, perlukan pengorbanan yang besar, bukan setakat material, malah nyawa sekalipun..Generasi "dewasa" ialah generasi selepas merdeka, iaitu lahir saje dah ada elektrik dan paip di rumah, kurang rasa susah dalam konteks negara dijajah. Bak kata orang Negeri Sembilan, generasi "Air dalam bosi, api dalam kaco...potik di topi, tongah menyalo". Generasi "anak-anak" pula ialah generasi yang dilahirkan yang mungkin langsung tak tau apa sebenarnya erti kemerdekaan kerana pada mereka lahir-lahir saje, semuanya ada...
Apapun tahap bangga dan megah mereka, yang penting sebagai warganegara Malaysia sepatutnya sama-samalah kita meraikan hari kemerdekaan negara kita...kata orang setahun sekali, bukan tiap-tiap hari kan? Kalo bukan kita, siapa lagi nak raikan..Lagi sekali aku ajak korang, sebagai tanda terima kasih dan bangga, sekurang-kurangnya kibarkanlah Jalur Gemilang di rumah...bukan susah sangat nak kibar tu, tak sampai setengah jam pun nak buat.."Eh! yang ngajak ni dah buat lum"...hehehe aku dah buat dah , alhamdulillah. (pic bawah ni Jalur Gemilang berkibar di depan rumahku...)
..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH