1. Meramalkan jika kupu-kupu masuk ke dalam rumah, bermakna ada seseorang akan datang
2. Meramalkan masa depan si bayi dengan menentukan tempat tanam uri bayi (selepas dilahirkan). Hingga ada yang percaya bahawa jika ditanam di depan rumah beserta sebatang pensel maka dapat mencerahkan masa depan si anak.
3. Meramalkan sesuatu yang buruk akan berlaku apabila cawan dan pinggan pecah atau kunci jatuh ketika ingin keluar rumah.
4. Meramalkan rezeki bertambah hanya dengan menggantungkan ayat seribu dinar di rumah atau di kedai
5. Meramalkan akan mendapat duit apabila tangan berasa gatal
6. Meramalkan hafalan al-Quran akan hilang jika lalu di bawah ampaian baju
7. Meramalkan roh orang yang mati akan kembali ke rumahnya semula. Sedangkan bercanggah dengan firman Allah swt dalam surah al-Mukmin ayat 100 yang menerangkan tidak boleh roh seseorang itu kembali ke dunia semula.
8. Kepercayaan ramalan buruk oleh si penyebar surat atau sms
9. Meramalkan kayu kokka boleh menjadi penyelamat.
Pada pendapat aku eloklah kita jangan terima sama sekali segala bentuk ramalan di atas kerana ia akan membawa kepada syirik tanpa disedari..juga elakkan daripada mengeluarkan ramalan seperti di atas jika bertemu situasi tersebut...Fikir-fikirkan...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH