
Kenakalan berlaku mungkin disebabkan sifat semula jadi kanak-kanak iaitu perasaan ingin tahu dan ingin mencuba...tetapi yang kita risaukan ialah kenakalan bersifat negatif...bahasa mudahnya nakal yang membawa kepada perkara yang yang bertentangan dengan undang-undang dan syariat Islam. Kadangkala dah banyak kali ditegur, dinasihat, dipukul tapi masih juga degil...kekadang tu terdengar gak kata-kata "macam mana tak degil, dah anak tu sejak lahir dibesarkan dengan susu lembu, degil macam lembulah dia"..
Setelah macam-macam ikhtiar kita lakukan, anak kita masih degil gak, kita cuba pula tip berikut, iaitu melembutkan hati anak yang degil dan nakal dengan membaca ayat-ayat berikut pada tubuh anak, dengan syarat kita baca dengan penuh penghayatan, khusuk dan difahami setiap erti ayat yang dibaca.
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. Surah Toha , ayat 1 hingga 8
4. Surah al-Hasyrayat, ayat 21
5. Surah lazim seperti Surah al-Ikhlas, Surah an-Nas dan Surah al-Falaq
Sumber: Kaedah mendidik isteri dan anak

2 ulasan:
thanks 4 sharing this info
sama-sama...smoga kita dpt didik anak-anak dgn lbh baik...insyaAllah
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH