Kadangkala ada para ibubapa yang agak risau dengan bayi mereka...tambahan bila dibandingkan bayi yang seusia...kerisauan ini dapat dikurangkan jika para ibubapa tau serba sedikit tentang tumbesar dan perkembangan perlakuan bayi...Dalam entri ni aku bagilah sedikit panduan tentang perkembangan perlakuan bayi........ 1) Perkembangan perlakuan bayi pada umumnya bermula dari kepala ke kaki. 2) Bayi dapat mengawal kepala dahulu berbanding dengan badan. Sebagai contoh, bila ditiarapkan, bayi boleh mengangkat kepalanya sebelum mengangkat badannya. 3) Otot-otot yang berhampiran dengan badan berfungsi dahulu sebelum otot-otot yang jauh dari badan...tidak hairanlah bila kita tengok bayi menggerakkan batang lengan ke arah sesuatu benda tetapi tidak dapat memegang benda tersebut. 4) Perlakuan berkembang dari bilateral ke unilateral...jangan risau kalau bayi cuba menyepak bola dengan kedua-dua belah kakinya serentak kerana masih di peringkat bilateral..bila dah sampai peringkat unilateral, barulah dia menyepak dengan sebelah kaki..
Dengan sedikit info di atas, aku harap takdelah para ibubapa mudah panik bila melihat perlakuan bayi mereka...Wallahhualam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH