"Apalah nak jadi anakku ni...puas dah aku ajar, masih tak berubah perangainya..." Keluhan yang sebegini memang selalu kita dengar, keluhan yang boleh membawa kepada putus asa..(mintak dijauhkan)... Rasullullah saw pernah bersabda, maksudnya: SETIAP ORANG KAMU ADALAH PENGGEMBALA (PEMIMPIN) DAN SETIAP PENGGEMBALA ITU AKAN DITANYA TENTANG YANG DIGEMBALANYA (DIPIMPINNYA)...Ertinya, di akhirat nanti selepas Allah bertanya tentang diri kita, Allah akan tanya pula tentang diri anak-anak kita, termasuklah isteri. Bagaimana kita mendidik mereka? Adakah kita mendidik mereka secara dikehendaki oleh al-Quran dan sunnah?
Kadangkala kita lepas pandang atau mungkin kurang ilmu..sepatutnya anak kita diDIDIK bukannya diAJAR... walaupun kita nampak mudah tetapi sebenarnya kita perlukan ILMU dan KEMAHIRAN dalam MENDIDIK anak-anak... mengajar lebih mudah daripada mendidik. Rasullullah saw pernah bersabda, maksudnya SEORANG KANAK-KANAK ITU DILAHIRKAN SUCI BERSIH, DUA IBUBAPALAH YANG AKAN MENJADIKANNYA YAHUDI ATAU MAJUSI ATAU NASRANI...aku bagi contoh yang mudah walaupun mungkin kurang tepat..sempena ketibaan Ramadhan al-Mubarak ni...ramai ibubapa yang memberi upah berdasarkan jumlah hari anak-anak berpuasa, banyak hari berpuasa banyaklah upahnya...pada zahirnya memang kita katakan upah sebagai motivasi kepada anak-anak untuk berpuasa tetapi pada pendapat aku, upah itu lebih berbentuk AJARAN bukannya DIDIKAN..sepatutnya kita tegaskan puasa itu adalah perintah Allah dan mendapat pahala..memadai dengan memujinya dan bersyukur kerana dapat berpuasa, dapat menunaikan perintah Allah. Dalam masa yang sama, tambah dari setahun ke setahun bagi tahu ibadah yang patut dilakukan semasa bulan Ramadhan. MENDIDIK bukan sekelip mata mendapat hasilnya kerana ia merupakan satu proses, perlukan kesabaran dan ketabahan.. InsyaAllah, dengan izinNya jika kita mendidik anak-anak bukannya mengajar, kita akan mendapat anak-anak yang soleh dan solehah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH