SALAM MAAL HIJRAH 1438H

ANAK-ANAK SEBAGAI KEKASIH ATAU KAWAN ATAU MUSUH? (Part 1/3)

Pak Teh | Rabu, Ogos 11, 2010 |

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana memberi kesempatan kepada kita berada di hari pertama Ramadhan al-Mubarak 1431 Hijrah...semoga umur kita dipanjangkan sehingga tamat Ramadhan dan dapat kita menjalani ibadah yang lebih baik...
Semua orang tau, salah satu sifat yang diuji oleh Allah swt sepanjang Ramadhan ini ialah sifat marah. Allah menguji kita dengan pelbagai ragam anak-anak, sehinggakan kita ibubapa berada dalam kategori meletakkan anak sebagai kekasih atau kawan atau musuh.
Kali ini biarlah aku citer pasal ANAK SEBAGAI MUSUH kerana pada aku kalau ada ibubapa yang begitu, eloklah mula ubah di hari pertama Ramadhan ini.
Bila sebut MUSUH sudah tentu orang yang dibenci, orang yang tidak disukai.Apa sahaja yang dilakukan akan dipandang buruk dan dicurigai. Tindakan akan diambil ke atasnya walaupun hanya melibatkan kesilapan yang kecil. Segala kebaikan yang diberikan akan dicurigai dengan sangkaan buruk. Pujian tidak pernah kedengaran, yang ada hanya cemuhan, maki hamun dan penghinaan. Setiap kali bersua muka, hati akan menyampah terhadapnya, meluat dan geram hinggakan kesilapan sedikitpun akan dipukul.
Adakah wajar anak-anak diperlakukan sebegitu, sebagai musuh? Tidak ada anak yang minta dilahirkan sedemikian. Anak yang dijadikan seperti musuh akan menjadi musuh kepada kita (ibubapa).
Firman Allah swt bermaksud: Sesungguhnya sebahagian dari isteri dan anak-anakmu adalah musuh bagi kamu, maka berhati-hatilah (Surah al-Taghabun:14). Surah ini  sebenarnya berfokus kepada suami, iaitu berkaitan dengan cara mendidik isteri dan anak-anak.
Rasullullah saw ada bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidak menyayangi anak-anak, maka tidak akan disayangi" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Cukuplah setakat tu ye! nanti panjang-panjang boring lak bacanya...apa yang nak aku ingatkan (termasuk aku sendiri) ialah kategori mana kita berada sebenarnya kita sendiri yang menentukannya.. ragam dan perangai anak-anak itu merupakan ujian Allah swt untuk menentukan kita berada dalam kategori yang mana...Fikir-fikirkan..

Sumber: Kaedah mendidik isteri dan anak

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,anak2 tu cahaya mata yang tidak ternilai so janganlah abaikan mereka.

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home