
Sifat yang tercela yang ada pada hati tu banyak tetapi mengikut Imam al-Ghazali rahimahullahu taala ada 10 perkara:
1. Syarahut-ta'am iaitu sangat gemar kepada membanyakkan makan
2. Syarahul-kalam iaitu sangat gemar kepada membanyakkan berkata-kata
3. Ghadab iaitu kuat marah
4. Hasad iaitu dengki akan orang yang dapat nikmat daripada Allah swt
5. al-Bukhlu wa Hubbul-mal iaitu kikir dan kasih akan harta.
6. Hubbul-jah iaitu kasih akan kemegahan dan kebesaran
7. Hubbud-dunya iaitu kasih akan dunia
8. Takbur iaitu membesarkan diri
9. Ujub iaitu hairan akan dirinya (merasa bangga kerana banyak amalan sehingga menghairankan dirinya)
10. Riak iaitu beribadat tidak kerana Allah swt
Sumber: Sairus-salikin

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH