SALAM MAAL HIJRAH 1438H

TIDUR LAMA TAPI TAK PUAS DAN TAK NYENYAK

Pak Teh | Khamis, Mei 05, 2011 |
As salam...

R
amai yang merungut kerana walaupun tidur lama tetapi rasa tak puas dan tak nyenyak tidur, asyik terjaga jer..dapat mimpi-mimpi yang mengerikan dan macam-macam lagi...dalam aspek kesihatan, tempoh tidur orang dewasa sekitar 5 - 6 jam sahaja..apa yang dimaklumkan pada aku, salah satu sebab kenapa mengalami situasi itu ada kaitannya dengan amalan sebelum tidur...sebagai umat Islam apa yang sepatutnya kita lakukan sebelum tidur ialah dengan mengikut sunnah Nabi. Dalam entri aku kali ni, aku nak kongsi info mengenai sunnah Nabi berkaitan dengan tidur...antaranya ialah

1.     Ambil wudhu sebelum tidur dan sebaiknya lakukan solat sunnat Taubat dua rokaat.
2.     Niat untuk bangun solat Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
3.     Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.
4.     Baca tasbih Fatimah: Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahhuakbar 33x
5.     Baca 4 Qul,  tiup ke tapak tangan, sapu  muka dan  keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
6.     Baca doa Masnun (doa harian), doa sebelum tidur.
7.     Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
8.    Jangan tidur menghadapkan kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home