SALAM MAAL HIJRAH 1438H

TIGA HARI RAYA? BIAR BETUL

Pak Teh | Jumaat, Julai 15, 2011 |
As salam...

"Kau biar betul....mana ada 3 hari raya! sejak aku kecil lagi, hanya ada dua hari raya je yang orang Islam raikan...Idil Fitri dan Idil Adha.." Ahmad respon dengan wajah terpinga-pinga...."Shod alif ba ro Mad..kau ni cepat sangatlah nak ngelabah" sindir Yusof...
Sebenarnya Dr. 'Aidh bin Abadullah Al-Qarni dalam bukunya Laa Tahzhan mengatakan dalam kehidupan seorang Muslim hanya ada tiga hari yang seakan-akan ketiga-tiga hari itu adalah hari raya baginya, iaitu:
1.  Hari ketika ia menunaikan solat fardhu secara berjemaah, dan ketika ia tidak melakukan kemaksiatan


2. Hari ketika ia bertaubat dari segala dosa, ketika melepaskan diri dari belenggu maksiat, dan ketika kembali mentaati Tuhannya


3. Hari ketika dia menemui Tuhannya dengan akhir perjalanan yang baik (husnul khatimah) dan amal tang diterima di sisi Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home