SALAM MAAL HIJRAH 1438H

KIBLAT KETIKA MUSAFIR

Pak Teh | Isnin, Mac 08, 2010 |




1. SOLAT SUNAT: Para ulama telah ijmak bahawa dibenarkan untukmenghadap ke hadapan sahaja jika ia berada di atas kenderaan dalam musafir yang panjang. Malah dibenarkan juga menunaikan solat ini secara isyarat sahaja,sujud hendaklah lebih rendah daripada rukuk

2. SOLAT FARDHU: Tidak dibenarkan solat di atas kenderaan menurut mazhab al'Syafi'i kecuali kenderaan yang tersangat berbahaya dan diberi keringanan jika berada di atas kapal. Ini kerana Nabi s.a.w turun daripada kenderaan apabila ingin menunaikan solat fardu, sebagaimana hadis Nabi s.a.w yang bermaksud " Nabi s.a.w bersolat di atas kenderaan menurut mana-mana arah yang ada di hadapannya, dan apabila ingin menunaikan solat fardhu, Baginda turun dan menghadap kiblat" (Riwayat al-Bukhari)
Sumber: Formula Solat Sempurna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home