SALAM MAAL HIJRAH 1438H

PERANGKAP "KALAULAH..."

Pak Teh | Jumaat, Jun 17, 2011 |
As salam...

Kita manusia biasa sentiasa menghadapi kesukaran dalam kehidupan kita. Namun begitu tak semua orang dapat menanganinya secara berkesan. Tambahan kalau kita menanganinya secara cuba jaya (trial & error) yang mungkin menyebabkan kesukaran itu menjadi lebih serius.
Salah satu tindakan yang diambil oleh kebanyakan orang untuk meredakan kesukaran itu ialah dengan menggunakan logik "kalaulah...". Dalam fikiran kita kerap mengatakan "Kalaulah aku tak buat gitu gini takkan terjadi perkara gini!" Hubaya kekawan! Logik "kalaulah" sebenarnya adalah satu perangkap dari syaitan. Rasulullah s.a.w. memberi amaran keras, jangan sesekali terperangkap dengan logik "kalaulah" kerana syaitan akan mengambil kesempatan dalam situasi itu. Oleh itu, percayalah kepada Qada' dan Qadar dari Allah s.w.t. bukannya "kalaulah....". Jika terlanjur berfikir gitu, cepat-cepat istighfar banyak-banyak, semoga Allah s.w.t mengampunkan kita dan memberi hidayah untuk mengatasi kesukaran itu. InsyaAllah

1 ulasan:

puteri ain berkata...

qada dan qadar itu wajib kita percaya ;)

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home