SALAM MAAL HIJRAH 1438H

KATA NAK BERUBAH...TAPI TAK JUGAK

Pak Teh | Khamis, Jun 16, 2011 |
As salam...

Dalam era dunia sekarang ini yang penuh dengan cabaran, tiap orang mau tak mau perlu berubah..yang miskin kepada yang kaya..kurang beriman kepada lebih beriman...pendek kata, berubah kepada yang lebih baik dan diredhai Allah s.w.t. Namun begitu masih ramai yang masih tak berubah, masih di takuk lama....Tentu ada sebabnya mengapa susah sangat nak berubah..
Dalam entri aku kali ini, aku nak berkongsi info mengapa susah sangat kita nak berubah, antaranya:
1.  Halangan yang paling besar ialah kita suka berlengah-lengah. Ini berpunca dari sikap kita yang beranggapan masih ada masa lagi sedangkan hakikatnya tidak ada manusia yang tau ajalnya bila.

2.  Tidak dapat membezakan antara betul dan salah, halal dan haram, tingkahlaku negatif dan positif

3.  Kurang komitmen dalam proses nak berubah

4.  Perlu lakukan perkara yang berbeza daripada apa yang kita lakukan kebiasaannya terutamanya lebih berdisiplin dalam menunaikan ibadah.

Ingat...seperti firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Raa'd 13:11 ".......Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home