SALAM MAAL HIJRAH 1438H

HUTAN DAN BANJIR

Pak Teh | Jumaat, Januari 02, 2015 |
Assalammu'alaikum wbt dan selamat sejahtera....

Semasa seluruh negara berada di dalam kesedihan dengan berlaku banjir luar biasa terutama di negeri-negeri Pantai Timur, Pak Teh hanya mampu berdoa dan memberi sumbangan semampu yang boleh. Semoga mangsa-mangsa banjir tabah dengan dugaan Allah swt, mungkin lebih besar hikmahnya selepas musibah ini.
Apa yang menarik perhatian Pak Teh tentang musibah ini ialah munculnya pendapat dan pandangan tentang  sebab berlakunya banjir luar biasa ini, seolah-olah kesannya seperti berlakunya tsunami. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan musibah tersebut ialah kesan pembalakan yang tidak terkawal. Pak Teh hendak menjelaskan secara mendalampun tidak berani kerana Pak Teh bukannya pakar dalam hal ini. Apa yang boleh Pak Teh kongsikan ialah tentang perkara asasnya sahaja.



Pembalakan adalah salah satu faktor berlakunya PENYAHHUTANAN; bahasa mudahnya musnahnya hutan. Penyahhutanan berpunca daripada

1.   Secara semulajadi
      a)  gempa bumi
      b)  letusan gunung berapi
      c)  kemarau
      d)  ribut/taufan
      e)  serangan penyakit perosak

2.   Aktiviti manusia
      a)  pembalakan
      b)  sumber mendapatkan hasil bukan kayu
      c)  pembukaan kawasan pertanian
      d)  pembinaan empangan hidroletrik
      e)  pembinaan tempat tinggal dan infrastruktur

Tetapi apa kaitannya dengan berlaku banjir besar itu? Jawapan mudahnya ialah apabila tiada lagi hutan, maka tiada lagi penahan atau penyaring air hujan yang turun lebat di kawasan tanah tinggi. Bukan sahaja air  terus ke kawasan rendah malahan bersama dengan lumpur.

Apabila kita lihat foto-foto yang menunjukkan berlakunya penyahhutanan di kawasan yang berlaku banjir luar biasa itu, ada kebenarannya. Juga dilaporkan bahawa Malaysia adalah negara di dunia paling banyak (peratusan) berlaku penyahhutanan antara 2000 - 2012. Fikir-fikirkan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home