SALAM MAAL HIJRAH 1438H

MAT JEBON MODEN

Pak Teh | Khamis, Januari 08, 2015 |
Assalammu'alaikum wbt dan selamat sejahtera...



Pak Teh rasa semua orang tahu foto apa yang tertera di atas...tak lain tak bukan ialah sebatang pen. Jika diperhatikan betul-betul, tiada yang pelik pada pen tersebut, biasa je. Sebab nampak biasa je yang Pak Teh nak sembang ni..

Kalau masih ingat semasa era filem-filem perisikan James Bond, kita diperlihatkan dengan pelbagai gajet yang canggih untuk membantu James Bond dalam misinya. Begitu juga Pengarah/Pelakon Mat Sentol dengan filem-filem perisikannya walaupun gajet yang digunakan lebih berunsur komidi.

Tetapi ketika itu, gajet-gajet yang dibuat hanyalah untuk tujuan filem sahaja walaupun dalam dunia nyata gajet tersebut tidak berfungsi seperti yang kita lihat dalam filem.

Zaman dah berubah...dunia teknologi semakin maju..sekarang ini gajet-gajet tersebut boleh berfungsi dan dijual secara pasaran terbuka. Di antara gajet-gajet yang popular sekarang ialah spy camera. Daripada namanya sahaja kita sudah tahu, fungsinya mengambil gambar secara rahsia. Sebenarnya foto di atas adalah salah satu spy pen camera. Spy pen camera ini bukan setakat boleh mengambil foto tetapi boleh juga mengambil video.

Apa yang Pak Teh risaukan dalam era dunia tanpa sempadan ini, ada orang yang menyalahgunakan kecanggihan gajet tersebut. Salah satu kejadian yang menunjukkan salahguna gajet ini telah disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia (8.1.2015), di mana seorang remaja lelaki telah mengambil gambar-gambar adegan rakan-rakan wanitanya berada di dalam bilik mandi dengan meletakkan spy camera pen dalam bilik air tersebut. Difahamkan rakan-rakan wanitanya datang bercuti di rumahnya. Difahamkan juga,foto-foto itu belum tersebar lagi kerana salah seorang rakan wanitanya mengesyaki sesuatu yang tidak kena kerana ada  sebatang pen berada dalam bilik air. Apabila diselidiki, pen itu adalah spy pen camera.

Pak Teh rasa semua orang perlu berhati-hati terutamanya kepada kaum wanita, takut-takut ada yang mengambil kesempatan melakukan jenayah ugut atau bertujuan untuk memalukan seseorang invividu. Tambahan pula gajet-gajet ini boleh dibeli di pasaran dengan mudah kerana harganya tidak sampai RM100.00, rata-rata berharga RM50.00. Spy camera ini bukan sahaja dalam bentuk pen, ada juga dalam bentuk jam, kunci kereta, lighter seperti foto-foto di bawah.



BERHATI-HATILAH.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home