SINDROM TEH TARIK
Pak Teh | Khamis, Disember 09, 2010 |
FIKIR-FIKIRKAN....
Naik lagi....ish...ish...itulah keluhan ramai orang bila diumumkan kenaikan harga gula dan petrol...dalam situasi semasa ramai yang menyalahkan kerajaan kerana menaikkan harga bahan tersebut tetapi mungkin ramai yang tidak faham kenapa kenaikan harga tersebut...dan ada juga yang buat-buat tak faham..kerajaan telah membelanjakan berbilion RM untuk mempastikan harga kedua-dua bahan tersebut berada di paras yang rendah melalui subsidi. Kesannya kerajaan tak dapat berbelanja untuk tujuan lain...Oleh itu kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi untuk membolehkan subsidi itu digunakan untuk tujuan lain. Bila subsidi kurang, maka secara tak langsung harga barang itu meningkat. Inilah yang berlaku kepada harga petrol dan gula. Apa yang aku terkilan ialah ada pihak yang ambil kesempatan dengan kenaikan harga barang ni terutama peniaga. Mereka menaikkan harga dengan alasan kenaikan harga petrol dan gula. Rasanya para peniaga sebelum kenaikan harga memang telah mendapat keuntungan, tetapi disebabkan ada perasaan tamak, takmau keuntungannya berkurang, maka kenaikan harga petrol dan gula menjadi alasan. Kekadang kita para pengguna terasa dibodohkan oleh peniaga. Sebagai contoh yang mudah, peniaga teh tarik menaikkan harga sebanyak 20 sen segelas dengan alasan harga gula naik 20 sen sekilogram. Ironinya adakah setiap gelas teh tarik itu menggunakan sekilogram gula? Inilah yang dikatakan "sindrom teh tarik"...fikir-fikirkan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH