Jika ikut percakapan remaja sekarang... "aku cinta giler kat dia beb.." atau "aku benci giler kat dia wak"... semuanya menggambarkan tahap yang terlampau, terlalu cinta dan terlalu benci...Cinta dan benci lahir dari hati kita....dalam bahasa Arab hati disebut dengan QALB yang ertinya bolak-balik atau berubah kerana sifat yang mudah berubah...
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya hati anak cucu Adam lebih cepat perubahannya dari bekas yang berisi air mendidih." (HR. Ahmad)
Jangan mudah hairan atau terkejut jika kita berjumpa orang yang sekelip mata berubah tutur katanya atau perlakuannya kerana apa yang ada dihatinya dizahirkan melalui tuturkata dan perlakuan....begitu juga kita jangan ikutkan sangat hati kita, jangan sampai tahap giler kerana kita sedia maklum sifat hati manusia yang sentiasa berubah, mudah berubah....
Rasullulah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya: "Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah sesuatu yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti." (HR Tarmidzi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH