SALAM MAAL HIJRAH 1438H

JILBAB

Pak Teh | Rabu, November 10, 2010 |
Terharu gak dan alhamdulillah bila tengok semakin ramai wanita Melayu Islam berpakaian yang menutup aurat, menunjukkan semakin ramai yang menurut tuntutan Islam. Maka semakin lakukan tudung dan baju jilbab...butik-butik muslimah tumbuh macam cendawan...tapi aku tertanya-tanya gak apakah sempurna pakaian yang dipakai berstatus menutup aurat seperti tuntutan Islam..setelah aku melakukan rujukan, rupa-rupanya masih ramai wanita tidak sempurna menutup auratnya terutamanya di hadapan bukan mahram. Kebanyakannya hanya sekadar menutup aurat asasnya sahaja iaitu menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Walaupun jilbab dianggap
sejenis pakaian yang menutup aurat tetapi ada syaratnya. Menurut buku "Fiqih Wanita" karya Muhammad Athiyah Khumais, antara syaratnya ialah
1.   Menutup seluruh badan, selain yang dikecualikan
2.   Tidak ada hiasan pada pakaian itu sendiri
3.   Kain yang tebal tidak tembus pandangan
4.   Longgar (supaya tidak menampakkan bentuk badan)
5.   Tidak menyerupai pakaian lelaki
6.   Tidak menyerupai pakaian orang kafir
7.   Pakaian yang tidak menyolok (pakaian kebesaran atau pakaian kemegahan)

Sebagai tambahan, tudung yang dipakai hendaklah labuh sehingga menutup bahagian dada....jadi di manakah kedudukan kekawan dalam konteks memakai pakaian menutup aurat?  Fikir-fikirkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home