Apa yang nak aku fokuskan dalam entri ni ialah sejauh mana tahap profesional bola sepak negara kita dalam aspek pengurusan, pemain dan penonton/penyokong...Bagi aku ada dua aspek yang perlu diberi perhatian iaitu pengurusan dan penonton/penyokong....Sudah sampai masanya pengurusan bukan lagi di bawah persatuan bola sepak negeri kerana selagi atas nama persatuan bola sepak negeri, selagi itulah terlalu banyak pihak yang campur tangan termasuklah politik..walaupun orang kata "cakap senang" tapi perlu ada perubahan jika ingin kemajuan...status persatuan bola sepak negeri perlu ditukar kepada status kelab...ini bermakna badan gabungan FAM terdiri daripada kelab bukannya persatuan negeri...apabila status kelab bermakna aspek pengurusan lebih profesional..
Pandangan aku di atas ada kaitannya dengan aspek penonton/ penyokong...sekarang ini penonton/penyokong adalah merupakan anak kelahiran sesebuah negeri..secara tak langsung sokongan yang diberi adalah berbentuk kenegerian...apa yang kita hendak ialah semangat kenegaraan...isu ini sedikit sebanyak membantut usaha integrasi nasional...walaupun kita dah merdeka 53 tahun tetapi semangat kenegerian rakyat kita terlalu kuat sedangkan semangat kenegaraan agak rendah..
Sebenarnya banyak yang boleh diperkatakan lagi tentang bola sepak negara kita tetapi nanti boring pulak baca entri yang panjang... :-)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH