Imam Al Ghazali bertanyakan soalan kepada murid-muridnya mengenai 6 perkara iaitu paling dekat, paling jauh, paling besar, paling berat, paling ringan dan paling tajam.
1. Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita?
Murid-muridnya menjawab: 'orang tua', 'guru', 'teman'. 'kaum kerabat'
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali Imran:185)
2. Imam Ghazali: Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Antara jawapan muridnya: "negeri China' , 'bulan' , 'matahari' , 'bintang-bintang'
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang paling benar ialah MASA LALU. Bagaimanapun kita. apapun kenderaan kita, tetap kita tidak dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan agama.
3. Imam Ghazali: Apakah yang paling besar di dunia ini?Murid-muridnya menjawab: 'gunung' , 'matahari' , 'bumi'
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang besar sekali ialah HAWA NAFSU (Surah Al Araf:179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita. Jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
4. Imam Ghazali: Apakah yang paling berat di dunia ini?
Antara jawapan muridnya: 'baja' , 'besi' , 'gajah'
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al Azab:72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidaak mampu ketika Allah swt meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia denga sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah swt sehingga banyak manusia masuk ke neraka gagal memegang amanah.
5. Imam Ghazali: Apakah yang paling ringan di dunia ini?
Jawab murid-muridnya: 'kapas' , 'angin' , 'debu' , ;daun-daun'
Imam Ghazali: Semua jawapan kamu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini ialah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atas urusan dunia, kita tinggalkan solat
6. Imam Ghazali: Apakah yang paling tajam di dunia ini?
Serentak murid-muridnya menjawab: 'pedang'
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Sumber: P3KPJ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH