
Kekedang tu yang lecehnya bila nak bersihkan cengkerangnya, maklum jelah masa beli cengkerangnya kotor dengan lumpur dan ada kotoran yang melekat pada cengkerang...kalau setakat basuh gitu jer, lumpur tu bolehlah hilang tapi kotoran tu tak hilang...melalui pengalaman dan bertanya pada orang, ada beberapa petua nak bersihkan cengkerang tu...kalau kekawan ada petua lain kongsilah kat comments ...:-)
1. Amik beberapa batang serai, titik tapi jangan sampai lumat pulak, gaulkan dengan kerang dalam bekas, tambah air sehingga kerang tu tenggelam, biarkan selama 10 minit, lepas tu bilas.
2. Ambil pelepah pisang, kerat-kerat dalam 50 cm panjang (supaya senang dipegang), lepas tu genggam seberapa banyak yang boleh keratan pelepah pisang tu, pastu tenyeh-tenyehkan hujung pelepah kat kerang yang ada dalam bekas berair. (petua yg ni pada aku lebih cepat bersih)
3. Ramas dengan menggunakan hampas kepala
4. Petua yg ni untuk orang yang terlebih rajin! hehehe..gunakan berus sabut
Wallahhualam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH