NAK JADI MACAM KITA GAK...
Pak Teh | Ahad, November 28, 2010 |
DUNIA PENDIDIKAN
Apa nak jadi budak-budak sekarang ni...tak macam kita dulu!"...inilah ungkapan yang selalu kita dengar bila menceritakan hal remaja sekarang ni..tapi adakah tanggapan kita tu betul atau setakat hendak menuding jari kepada remaja....Sepatutnya kita tidak boleh bandingkan dengan zaman kita dahulu..lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang..yang pasti persekitaran remaja terlalu jauh bezanya dengan persekitaran kita dahulu..Persekitaran amat mempengaruhi hidup seseorang, kalau persekitarannya penuh dengan keganasan, secara tak langsung anak-anak itu juga akan bertindak ganas. Jadi peranan kitalah untuk mempastikan anak-anak itu tidak terpengaruh. Aku tertarik dengan kata-kata Hamka; Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. Apa yang aku faham, sepatutnya kita mendidik anak-anak untuk mereka menempuhi masa depan mereka bukannya mendidik anak-anak menjadi seperti zaman kita...Fikir-fikirkan..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH