SALAM MAAL HIJRAH 1438H

BULAN TERAKHIR

Pak Teh | Jumaat, November 19, 2010 |
Pejam celik, pejam celik...tak sedar kita dah berada di penghujung tahun 1431 Hijrah...kita sekarang berada di bulan yang terakhir, bulan ke 12 dalam kalendar Hijrah.. kalendar yang mula digunakan di zaman Khalifah Umar Al-Khatab...kalendar berdasarkan penghijrahan Rasullullah saw dari Mekah ke Madinah...ops lupa lak, bulan terakhir kalendar Hijrah ialah Zulhijjah...apa maksud Zulhijjah? Terlanjur tu aku bagi maksud bulan-bulan dalam kalendar Hijrah (maaf kalau kurang tepat/tidak tepat)..



Bulan 1:   MUHARRAM - yang diharamkan, iaitu dilarang menumpahkan darah atau berperang
Bulan 2:   SAFAR - safar bermakna kosong, kerana pada bulan itu semua orang laki-laki Arab dahulu pergi meninggalkan rumah untuk merantau, berniaga dan berperang, sehinggakan kampung mereka kosong dari orang laki-laki.
Bulan 3:   RABI'ULAWAL - berasal dari kata rabi’ (menetap) dan awal (pertama). Maksudnya masa kembalinya kaum laki-laki yang telah meninqgalkan rumah atau merantau. Jadi awal menetapnya kaum laki-laki di rumah. Pada bulan ini banyak peristiwa bersejarah bagi umat Islam, antara lain; Nabi Muhammad saw lahir, diangkat menjadi Rasul, melakukan hijrah, dan wafat pada bulan ini juga.
Bulan 4:   RABIU'ULAKHIR - maksudnya masa menetapnya kaum laki-laki untuk terakhir atau penghabisan.

Bulan 5:   JUMADILAWAL - berasal dari kata jumadi (kering) dan awal (pertama). Penamaan Jumadil Awal, kerana bulan ini merupakan awal musim kemarau.
Bulan 6:   JUMADILAKHIR -  maksudnya musim kemarau yang akan tamat.
Bulan 7:   REJAB -  maksudnya mulia. Penamaan Rejab, karena bangsa Arab masa dulu sangat memuliakan bulan ini, antara lain dengan melarang berperang.

Bulan 8:   SYA'BAN - maksudnya berkelompok. Penamaan Sya’ban kerana orang-orang Arab pada bulan ini lazimnya berkelompok mencari nafkah. Peristiwa penting bagi umat Islam yang terjadi pada bulan ini adalah perpindahan kiblat dari Baitul Muqaddis ke Ka’bah (Baitullah).
Bulan 9:   RAMADHAN - maksudnya sangat panas. Bulan Ramadhan merupakan satu-satunya bulan yang tersebut dalam Al-Quran. Satu bulan yang memiliki keutamaan, kesucian, dan aneka keistimewaan. Antara peristiwa-peristiwa penting seperti: Allah menurunkan ayat-ayat Al-Quran pertama kali, ada malam Lailatul Qadar, yakni malam yang sangat tinggi nilainya, kerana para malaikat turun untuk memberkati orang-orang beriman yang sedang beribadah, ditetapkan sebagai waktu ibadah puasa wajib, pada bulan ini kaum Muslimin dapat rnenawan kaum musyrik dalam perang Badar Kubra dan pada bulan ini juga Nabi Muhammad saw berjaya mengambil alih kota Mekah dan mengakhiri penyembahan berhala yang dilakukan oleh kaum musyrik.
Bulan 10:  SYAWAL - maksudnya kebahagiaan, iaitu kembalinya manusia ke dalam fitrah (kesucian) kerana selesai menunaikan ibadah puasa dan membayar zakat serta saling bermaaf-maafan. Itulah yang mernbahagiakan.
Bulan 11:  ZULQAIDAH - berasal dari kata dzul (pemilik) dan qa’dah (duduk). Penamaan Dzulqaidah kerana bulan itu merupakan waktu istirehat bagi kaum laki-laki Arab dahulu. Mereka menikmatmnya dengan duduk-duduk di rumah.
Bulan 12:  DZULHIJJAH - maksudnya yang menunaikan haji. Penamaan Dzulhijjah, sebab pada bulan ini umat Islam sejak Nabi Adam as. menunaikan ibadah haji. Bulan ini juga kelahiran Nabi Isa as dan Nabi Musa as.

Wallahhualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home