Apabila seseorang tu menguap, sudah tentu tandanya dia mengantuk atau terlalu mengantuk.. Jadi apa sebenarnya menguap tu dan apakah yang boleh menyebabkan kita menguap...
Menguap adalah tindakan luar kawal atau refleks, melibatkan kemasukan udara yang banyak dan diikuti dengan hembusan pernafasan melalui mulut. Ia selalu dikaitkan dengan kelesuan, kurang tidur, penat bekerja, stres dan bosan. Salah satu pendapat saintis, menguap disebabkan penambahan kosentrasi karbon dioksida dan tahap oksigen yang rendah dalam darah dan paru-paru. Jadi menguap dapat membantu peningkatan oksigen dalam darah dan paru-paru.
Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.
Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)." Riwayat Imam Muslim
Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap . Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
Pengajaran daripada maksud hadith, antara adab-adab menguap:
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat (sebaiknya gunakan belakang tapak kanan kiri)
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap.
4. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH