Larangan isbal (memanjangkan pakaian) berlaku pada semua jenis pakaian, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA, bahawa Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: "(Larangan) Isbal itu berlaku pada sarung (izar), baju dan serban. Barang siapa yang memanjangkan sesuatu daripadanya kerana sombong, nescaya Allah tidak akan memerhatikannya pada hari kiamat"
Adapun kaum wanita, dibolehkan menguraikan ( memanjangkan pakaiannya) sejengkal atau sehasta untuk menutupi tumitnya (tambahan jika tidak memakai sarung kaki) sebagai tindakan berhati-hati; dikuatiri tersingkap oleh hembusan angin dan sebagainya. Namun begitu tidak boleh melebihi batasan tersebut, sebagaimana yang biasa kita tengok sebahagian pakaian/gaun pengantin yang terjurai panjang sehingga kekadang tu sampai terpaksa diangkat....Wallahhualam
Sumber: World Organization Presenting Islam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH