
Maze boleh dikategorikan kepada enam iaitu unicursal (labyrinth), simply-connected, multiply-connected, weave, planair dan logic. Di bawah ni ditunjukkan langkah-langkah untuk membuat satu maze yang mudah.
Langkah 1: Lukis segiempat tepat yang terdiri beberapa petak segiempat sama yang bilangannya adalah ganjil. Kemudian warnakan petak-petak itu seperti dalam rajah di bawah. Warna putih merupakan laluan penyelesaian, biru gelap adalah halangan laluan dan biru muda mungkin sebahagian laluan atau halangan
Langkah 2: Warnakan semua petak bahagian tepi dengan warna biru gelap. Kemudian tentukan laluan masuk dan keluar dengan menukarkan petak itu kepada warna putih, seperti dalam rajah
Langkah 3: Menyediakan laluan utama iaitu laluan penyelesaian, dengan memadam/menukarkan warna biru muda kepada warna putih
Langkah 4: Petak putih yang masih belum digunakan disambungkan dengan petak biru muda supaya menjadi beberapa laluan yang terhalang. Tetapi pastikan tidak bersambung dengan laluan utama
Langkah 5: Semua petak biru muda yang tinggal ditukarkan kepada biru tua. Jadi maze kita dah siap seperti rajah di bawah
Alhamdulillah...Selamat mencuba

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH