SALAM MAAL HIJRAH 1438H

JENAKA RASULLULLAH

Pak Teh | Khamis, November 04, 2010 |
Mungkin kekawan masih ingat lagi entri aku yang lepas bertajuk SALAHKAH KITA KETAWA? yang menyentuh tentang mengapa kita perlu ketawa dan ketawa yang macam mana mengikut sunnah Nabi..Biasanya ketawa disebabkan adanya yang melucukan...Jadi adakah Rasullullah hanya ketawa perkara yang melucukan atau baginda juga mampu mentertawakan orang? Cari punya cari, akhirnya aku jumpa gak antara kelucuan yang ditimbulkan oleh baginda.

Seorang sahabat mendatangi Rasulullah saw, dan dia meminta agar Rasulullah saw membantunya mencari unta untuk memindahkan barang-barangnya. Rasulullah berkata: “Kalau begitu kamu pindahkan barang-barangmu itu ke anak unta di seberang sana”. Sahabat bingung bagaimana mungkin seekor anak unta dapat memikul beban yang berat. “Ya Rasulullah, apakah tidak ada unta dewasa yang sekiranya sanggup memikul barang-barang ku ini?” Rasulullah menjawab, “Aku tidak bilang anak unta itu masih kecil, yang jelas dia adalah anak unta. Tidak mungkin seekor anak unta lahir dari ibu selain unta” Sahabat tersenyum dan diapun mengerti gurauan Rasulullah itu. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud dan At Tirmidzi. Sanad sahih)

Suatu ketika, Rasulullah saw dan para sahabat ra sedang menikmati hidanganberbuka puasa, iaitu kurma dan air putih. Dalam suasana hangat itu, Ali bin Abi Tholib ra timbul tidak tahu apa nak buat. Ali ra mengumpulkan kulit kurma yang dimakannya dan diletakkan di tempat kulit kurma Rasulullah saw. Kemudian Ali ra dengan tersipu-sipu mengatakan Rasulullah saw seperti sangat lapar dengan adanya kulit kurma yang lebih banyak. Rasulullah saw yang sudah mengetahui muslihat Ali ra segera “membalas” Ali ra dengan mengatakan kalau yang lebih lapar sebenarnya siapa? (antara Rasulullah saw dan Ali ra). Sedangkan tumpukan kurma milik Ali ra sendiri tak bersisa. (HR. Bukhori, dhaif)
Wallahhu'alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home