SALAM MAAL HIJRAH 1438H

TENSION VS PATIENT

Pak Teh | Jumaat, Januari 13, 2012 |













Rata-rata awal tahun ramai yang mengadu sibuk, tak kiralah yang bekerjaya atau tidak. Maklum sahajalah boleh dikatakan semuanya baru, kalau yang lama pulak perlu dipertingkatkan. Yang susah tu, semua nak dibuat dalam masa yang sama, sampaikan tak tau yang mana nak buat, akhirnya timbul rasa tension. Bagi mereka yang tidak pandai menanganinya tentulah akan menimbulkan kesan negatif pada fizikal dan hubungan dengan orang lain. Ubat yang paling mujarab bagi masalah tension ialah SABAR. Hanya dengan kesabaran menerima segala dugaan dan ujian dapat mengurangkan tension. Keduanya, kita hendaklah menerimanya sebagai ujian dari Allah swt, Allah menguji kita bagaimana kita menanganinya. Tension kita akan menjadi lebih teruk jika kita sentiasa menyalahkan orang lain. Pak Teh lebih suka kalau gunakan prinsip hidup yang Pak Teh amalkan iaitu hampir 99% apa yang berlaku kepada diri kita adalah berpunca dari tindak tanduk diri kita sendiri, sama ada kita sedar atau tidak sedar. Prinsip ini membuatkan kita tidak menyalahkan orang lain dan kita dapat muhasabah diri.
Kadangkala tension kita boleh berlaku bila kita tak mau mengikut peredaran masa dan menganggap yang lama atau yang terdahulu adalah lebih baik. Yang lama atau yang terdahulu itu walaupun baik tetapi ada yang kurang sesuai atau tidak sesuai digunakan lagi. Sebagai contoh yang mudah, cuba tengok gambar di bawah


Wallahhualam

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

awal sem tension banyak esemen.. last sem ni, tension xdak keje plak..ahakz.. pape pon, just sabaq..he8

Pak Teh berkata...

cik ning....kalau taknak tension, org kata "buat bodoh" je...hehehe

ujang kutik berkata...

Sdr Pak Teh,

Salam perkenalan. Agak lama juga saya telah 'follow' tuan, tetapi belum pernah lagi buat ulasan.

Kadang-kadang saya terfikir bahawa kebolehan seseorang itu menyerap 'tension' kerana ada pengaruh bakat semula jadi.

Ada orang akan alah dengan mudahnya dengan serangan 'tension'. Ada orang pula (jumlahnya sedikit) seperti kalis dan dapat meneruskan agenda kehidupan seperti biasa.

Pak Teh berkata...

Ujang Kutik: Wsalam dan slmt bkenalan juga..tksh pd ujang krn follow blog pak teh. Betul kata ujang itu ttp pd pak teh semula jadi itu lbh kpd org yg punya sifat sabar yg tinggi, yg tak mudah melenting. wallahhualam

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home