As salam...
Closed-circuit television atau lebih dikenali sebagai cctv adalah satu peralatan yang menggunakan kamera video untuk memancarkan signal kepada monitor yang terhad dalam kawasan yang terhad juga. Cctv ini digunakan di premis yang berisiko seperti bank, lapangan terbang, pusat perniagaan dan premis larangan. Dengan adanya cctv ini dapat mengesan apa yang berlaku dan boleh direkodkan. Kebelakangan ini banyak kes-kes jenayah dapat diselesaikan dengan adanya cctv sebagai bahan bukti atau dijadikan sebagai petunjuk untuk menyelesaikan kes jenayah. Malah sekarang ini ramai juga yang memasang cctv di rumah sebagai alat keselamatan di rumah. Biasanya kita boleh nampak ada dipasang cctv di sesuatu premis terutama lokasi yang strategik seperi di pintu masuk atau tempat menunggu lif. Kehadiran cctv ini juga membolehkan orang ramai berasa lebih selamat apabila berada di dalam sesuatu premis. Tetapi bagaimana dengan "hidden camera", adakah pemasangannya memberi manfaat seperti cctv? Realitinya, pemasangan "hidden camera" atau kamera yang disorok lebih kepada aktiviti tidak bermoral atau tidak bertanggungjawab iaitu merakam sesuatu untuk tujuan jahat. "Hidden camera" ini banyak dipasang untuk merakam aktiviti seseorang umpamanya dalam "fitting room" di pusat membeli belah, tandas atau bilik hotel. Ramai yang telah menjadi mangsa "hidden camera" apabila rakaman itu diedarkan atau disiarkan dalam internet.
Sehubungan itu, dalam entri Pak Teh kali ini, Pak Teh akan memanjangkan info yang Pak Teh perolehi sebagai satu panduan supaya tidak menjadi mangsa "hidden camera", terutamanya kaum wanita.
Bagaimana caranya kita nak mengesan kehadiran "hidden camera" ini? Katalah "hidden camera" itu dipasang dalam "fitting room" di pusat membeli belah. Sebelum masuk pastikan telefon bimbit kita berfungsi dan sebaik sahaja berada di dalam bilik tersebut cuba buat satu panggilan. Jika kita tidak dapat membuat panggilan, besar kemungkinan ada "hidden camera" di dalam bilik tersebut. Panggilan tersebut tidak dapat dilakukan kerana adanya gangguan kabel optik fiber (fiber optic cable) litar "hidden camera" tersebut.....Wallahhualam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH