SALAM MAAL HIJRAH 1438H

CIKGU ATAU IBUBAPA?

Pak Teh | Isnin, April 25, 2011 |
As salam...

A
ku terpanggil untuk memberi respon ke atas kenyataan Menteri Kesihatan mengenai obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia baru-baru ini..Ada dua kenyataan beliau yang aku rasa perlu perkatakan dalam entri aku kali ni...

Pertama: Beliau meminta pihak kantin sekolah tidak menyediakan menu nasi lemak setiap hari kerana boleh menyebabkan murid-murid mendapat obesiti.
Kedua: Meminta guru merekodkan BMI murid sekolah yang boleh menjadi petunjuk kepada obesiti murid.
Sebelum itu biarlah aku jelaskan secara ringkas apa itu obesiti atau kegemukan. Obesiti ialah suatu keadaan di mana berat badan melebihi berat badan orang sihat. Apabila obes bermakna kandungan lemak badan melebihi daripada orang sihat. Orang yang obes akan mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, strok, penyakit jantung, masalah tidur (apnea), kemurungan, kanser dan osteoarthritis. Petunjuk orang yang obesiti ialah dengan menggunakan BMI (Body Mass Index)....Jika seseorang itu BMI nya melebihi 30 kg/m2, bermakna dia mengalami obesiti.
Berbalik kepada kenyataan Menteri Kesihatan di atas tadi, adakah beliau mempunyai bukti statistik yang murid-murid memakan nasi lemak setiap hari, sedangkan kita tau di kantin pelbagai jenis makanan dijual. Kita juga sedia maklum, murid hanya makan di sekolah kebanyakan makan sarapan sahaja. Bagaimana dengan makan tengah hari, minum petang dan makan malam?
Manakala kenyataan kedua mengenai guru diminta mengambil dan merekod BMI murid. Pada aku cukuplah dengan tugas guru yang sedia ada... Setakat merekodkan BMI murid, ibubapa pun boleh buat, setakat ambil berat badan dan ketinggian je...sambil-sambil pergi ke shopping complex tu melambak mesin untuk mengukur berat badan dan ketinggian... dalam hal obesiti ini peranan ibubapa sangat penting kerana murid lebih lama bersama ibubapa berbanding berada di sekolah...
Aku minta maaf jika ada pihak yang tersinggung dengan pendapat aku tadi...

3 ulasan:

Nurul Dato' Ghaz berkata...

pada pendapat nurul.... setelah memegang jawatan sbg su hem, yakni membuat laporan kantin (hahaahha) nasi lemak bukan sebabnya, kerana anak2 zaman sekarang sangat terdedah dengan fastfood dan ibu bapa yang bekerja sangat gemar memberikan anak2 makanan yang x sihat.... lifestyle pun berbeza kerana anak2 sekarang banyak bermain ps3 berbanding anak2 zaman dulu yang gemar bermain mengeluarkan peluh, pasal catatan indeks BMI rasanya jangan lah bebankan cikgu... sekarang terlalu banyak kerja perkeranian yang dilaksanakan oleh cikgu...

Pak Teh berkata...

saya sangat bersetuju dengan pendapat dan pandangan Nurul..hanya jauhari yang manikam :-)

Nik Nor Humaira berkata...

saya setuju juga. Almaklumla zaman makin canggih. kanak-kanak boleh memilih aktiviti x memenatkan badan seperti main games di intenet /ps3. kebanyakan aktiviti yang mereka lakukan indoor dan x banyak pergerakan anggota badan yg boleh mengeluarkan peluh. Kalau zaman kita kecil2 dulu tak dok diam kat rumah dok main yang sememangnya mengeluarkan peluh. kalau tanya budak2 skarang tahu tak mereka main galah panjang atau polis sentri, konda kondi atau permainan tradisional sememangnya mereka juga x tahu nak main. Bukan sahaja cara pemakanan yang tidak sihat di amalkan tetapi gaya hidup yang sihat juga kurang d amalkan.

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home