SALAM MAAL HIJRAH 1438H

TANDA KETAUHIDAN APABILA DISAKITI

Pak Teh | Ahad, Julai 17, 2011 |
As salam...

Memang sukar untuk elakkan diri kita daripada disakiti....kadangkala memang kita tak boleh menerimanya....buatkan diri kita berasa sedih sangat tambahan jika memang kita tak berkaitan langsung...semua itu adalah ujian dari Allah swt kerana tiap saat kita diuji oleh Allah swt, menguji sejauh mana kesabaran kita menangani sesuatu ujian....kita jangan ingat kesedihan dan kesusahan itu saje merupakan ujian Allah swt, kesenangan juga merupakan ujian Allah swt, menguji kita samada adakah kita hanya mengingatiNya semasa susah je
Dalam buku Laa Tahzhan ada mengatakan di antara tanda-tanda bahawa kita bertauhid adalah semasa kita disakiti dan kita mempunyai beberapa sikap terhadap mereka, antaranya

1.   Menahan marah dan kemudian sudi memaafkan
2.   Menerimanya sebagai qadak dan qadar Allah swt
3.   Menyedarinya sebagai penghapusan dosa kita
4.   Munculnya kesedaran terhadap kekurangan diri kita
5.   Memuji Allah swt dan bersyukur kepadaNya, kerana kita telah diciptakan sebagai orang yang dizalimi, bukan yang menzalimi.
6.   Kita tetap bersikap kasih sayang kepada orang yang menyakiti kita.

Fikir-fikirkan...adakah kita mempunyai sikap seperti di atas apabila kita disakiti

1 ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home